MyePH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ni subuh-subuh lagh aku dah keluar rumah, hari ni kemo ke-3 mak aku... Maknanya pasni ada 3 lagi kemo.
InsyaALLAH mak aku akan sihat.
Apa pun aku nasihatkan korang 'AMALKAN CARA HIDUP SIHAT'
Wassalam
HiRO by mobile Ipoh 29/12/09
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Terdetik untuk aku berkongsi walhal "MELAYU" berikutan satu tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Mohd Nazri bin Sahat iaitu Sekretariat Kebangsaan, Gerakan Aktivis Qariah Malaysia yang mendefenasikan apa yang dikatakan "MELAYU" itu.

Sering kita dengar UMNO memperjuangkan perihal "KETUANAN MELAYU" yang menjadi ters perjuangan mereka. Tapi benarkah apa yang diperjuangkan mereka itu? Betulkah definasi mereka tentagn "MELAYU" itu? O.K. yang diterangkan pada petang Jumaat itu "MELAYU" adalah suatu istilah yang istimewa kerana "MELAYU" bukan setakat satu bangsa, Tetapi "MELAYU" diistilahkan lebih daripada itu.

Syukur Alhamdulillah aku dilahirkan berketurunan "MELAYU". Kerana istimewanya "MELAYU" ini amat membanggakan saya.

Begini... MELAYU suatu bangsa yang dominan dengan ISLAM. Untuk seseorang itu di"BANGSA"kan sebagai MELAYU dipercirikan dengan tiga iaitu :-

1. Beragama Islam;
2. Bertutur dalam Bahasa Melayu; dan
3. Mengamalkan cara hidup dan adat Melayu.

Daripada ciri di atas ketika seseorang yang memenuhi ketiga-tiga ciri ni tanpa menyisihkan walau satu daripada ciri ni adalah "MELAYU".

Soo...wa'imal dari golongan bangsa apa pun, apabila seseorang itu bercirikan di atas mereka adalah "MELAYU".

DAN...andai seseorang yang berbangsa "MELAYU" itu pula sekiranya meninggalkan perkara satu dalam ciri di atas iaitu ISLAM (Melayu yang tidak beragama Ilam), maknanya "MELAYU" itu bukan lagi "MELAYU".

Jadi dapat didefinasikan di sini bahawasanya "MELAYU" itu adalah bangsa yang berteraskan agama ISLAM sepertimana "ISI DAN KUKU"

GERAKAN AKTIVIS QARIAH MALAYSIA

Sebuah Program Khas Untuk Melatih Dan Menggerakkan Para Aktivis Masyarakat Di Qariah Sebagai Agen Perubahan Komuniti Setempat. Sebuah Gerakan Masyarakat Yang 'Non-Partisan'Dan 'Non-Government'.

Ditubuhkan dengan persepakatan :-

Negeri Perak - JAMAIY Negeri Perak
Negeri Pulau Pinang -
CAP, FORUM
Negeri Kedah -
WEHDAH
TERAS Pengupayaan Melayu Malaysia

Atas kesedaran bangsa dan berteraskab agama Islam.

JOM JOIN!!!
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sungguh mengejutkan dan tak disangka-sangka...sambutan yang amat luar biasa dari yang biasa-biasa. Rasanya 3 hari (17 hingga 19 Disember 2009) tak cukup untuk sambutan Maal Hijrah yang dah pun 1431 tahun. Rasanya 3 hari (17 hingga 19 Disember 2009) tak cukup untuk sambutan Jubli Emas Masjid Iskandari yang dah pun berumur 50 tahun.

Tapi itulah yang berlaku!!!

Amat luar biasa. Sambutan dari yang bertaraf veteren agak mengejutkan... Masjid tak cukup penuh...Apatah lagi yang bertaraf pemuda-pemudi harapan bangsa...Khemah terlebih tempat duduk!!!

Aku pun malas nak mengulas kali ni... Nanti la aku ulas dalam entry aku yang lain...

Wassalam...
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dah SOLAT ker???

BELUM??? Emmm...mai kita kongsi sama-sama apa yang aku bari dapat dari e-mel aku. Nak kata seram pun tak la kot...Apa sangatla balasan kat dunia ni kan... Renungkan firman Allah S.W.T. di bawah ni...

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Al-Qur'an : Sorah Toha - 132

Soo...Tak de masalah pun kalau kita sembahyang, Allah S.W.T. tak rugi apa-apa pun...Cumanyer kalau kita sembahyang kita yang mendapat keuntungannya!!

FIKIR la baik-baik...

Balasan yang Allah S.W.T. janjikan untuk orang yang tak sembahyang ni amatlah berat. Mampu ker nak tanggung?? Bayangkan, 1 hari di akhirat tu bersamaan 100 tahun di dunia. Kalau kat syurga tu tak per la...kalau kat neraka plak macamana?? Cuba letak tangan atas api lilin 1 minit cukup la kot... Try la tengok... Aku no komen...Rasala sendiri...

Baca dan renungkan

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b. Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK
Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun Bank Muamalat No.08030002138714
NO.TEL 05-6883659
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terngiang-ngiang di telinga perihal perdebatan ala Parlimen yang berlangsung secara tak rasmi dan di kaki lima mahupun di kedai kopi yang menjadi tempat perhimpunan “ahli-ahli debat hebat” yang serba mengetahui yang terdiri dari berbelah pihak pro mahupun kontranya.

Perdebatan berlangsung dalam suasana sederhana tanpa ‘air-cond’ yang sekiranya perlu dapat menyejukkan suasana pabila kepanasan.

Persoalan masih berkisar semasa tentang negara dan negeri yang pada mereka juga tanggungjawab mereka untuk turut serta membahas dan menjadi tanggungngan mereka seolah-olah “Yang Mereka Lantik” itu belum sampai tujuannya. Wallahualam…

Sekali-sekala terdengar jugak la perihal tempatan, bak wartawan yang mencanang perkembangan semasa dengan suatu ulasan logic peribadi. Benar ke tak? Entah… yang penting bagi mereka dan mereka itu, mereka ada ‘point’ untuk itu. Wa’imal betul atau tak, bagi mereka itu hak mereka untuk berpendapat.

Wahai “ahli-ahli debat hebat” sedarlah bahawasanya sesuatu yang tidak benar itu adalah fitnah dan fitnah itu amatlah besar dosanya sepertimana suatu hadis Nabi S.A.W. yang diriwatakan oleh Abu Huraira r.a. bermaksud :-

“Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina” – Sahih Muslim : 129

Dan ingatlah juga wahai “ahli-ahli debat hebat” bahawasnya fitnah itu semata-mata kerosakan jugak yang dibawa bersamanya sepertimana firman Allah S.W.T. di dalam surat At-Taubah yang bermaksud :-

“Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim”(At-Taubah 47)

Selain itu, dalam Sahih Muslim juga dariwayatkan pula oleh Huzaifa r.a. katanya :-

“Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah.” – Sahih Muslim : 151

Ataupun sangkaan “para ahli-ahli debat hebat” itu memang betul dan tepat padat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai?

Sedarlah sekaliannya, wa’imal benar sekalipun bukanlah dihalalkan untuk didebat dan membuka pekung didada yang dikandang orang yang bersalah!! Umpatan juga tetap dilarang sepertimana firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Hujuraat yang bermaksud :-

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat – 12)

Soo… marilah sama-sama kita renungkan bahawasanya tidak ada kebaikannya untuk berbuat macam tu. Apa faedah yang kita dapat sebenarnya? Adakah diri kita sendiri ini tergolong dalam orang-orang yang dijanjikan syurga sehingga tiada kesalahan yang kita lakukan??

Memang benar yang dikomen itu ada benarnya bersalah, tetapi bukan itu caranya kerana cara yang terbaik adalah menegur dengan cara yang peribadi dengan pesalah itu sendiri.

Ketahuilah wahai teman satu-satunya faedah yang kita dapat dari perbuatan fitnah dan umpat itu tidak lain dan tidak bukan ialah pekej penginapan daripada tujuh nerakan yang dijanjikan Allah S.W.T. kepada mereka-mereka yang berpaling dariNYA.

Wallahualam…Sama-sama lah kita fitnah dan mengumpat.

Wassalam…

Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dah tiba lagi tahun baru, sejak bermulanya hijrah Rasulullah S.A.W. dari Makkah ke Kota Yathrib kini sudah 1431 tahun ianya berlalu. Hijrah Rasulullah S.A.W. yang berikutan dari perintah Allah S.W.T. yang kemudiannya menyemarakkan perkembangan Islam dan menjadikan Kota Madinah sebagai sebuah negara makmur iaitu negara Islam yang pertama sehinggalah kini dah ada banyak negara Islam di dunia ini.

Alhamdulillah, walaupun Islam dilabelkan bermacam-macam tanggapan negatif oleh munafiqon namun Islam tetap berkembang, dan Alhamdulillah muslimin & muslimat sekalian semakin cenderung kesedaran keIslamannya kini.

Alhamdulillah...

Sebagai mengenangkan peristiwa yang melangsungkan ketamadunan Islam dimuka bumi ini aku panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana lahirnya aku dalam Islam dan membesarnya aku dalam kelompok Islam dan seterusnya meneruskan hayat aku dan keturunan aku seterusnya dalam Islam.

Sesungguhnya demi Allah... Ibadahku, Hudupku, Matiku kerana Allah tuhan sekalian alam.

DISINI aku nak ucapkan kat korang...

SELAMAT TAHUN BARU 1431 HIJRAH
dan
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIRAH 1MUHARAM 1431 HIJRAH

ALLAHHUAKHBAR... ALLAHHUAKHBAR... ALLAHHUAKHBAR...

Semoga Islam tetap diHATI

Wassalam...
Read More …



Assalamualauikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Lepas terbaca satu emel yang aku langgan ni, aku rasa aku patut kongsikan dengan korang semua betapa kita harus tahu dan ambil tahu hatta memberitahu kepada yang lain supaya mereka juga akan mengetahui. Ianya persoalan yang memang serius wajib kita pandang serius.

Harap renung-renungkanlah dan insaf-insaflah!!!

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yang menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

Wallahualam...

Sumber : CINA ISLAM (林川興)

Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaruh...

Pak Long Mat tengah menyembelih lembu korban

Raya hari ke 2, Sabtu 11 Zulhijjah 1430 (28 Nov. '09) aku pun turut serta dalam ibadah korban ni kat Masjid Iskandari, Kroh. Tapi tumpang tolong je la dan Alhamdulillah Ayah Mentua aku pun turut serta dalam ibadah orban tahun ni dengan 1 bahagian daripada 7 bahagian dari seekor lembu. Hari tu 7 ekor lembu tumbang.

Memang meriah...

Wallahualam.... sebab ibadah ker... sebab sedekah ker... sebab banyak daging korban yang bakal dibahagikan kelak...

Gotong-royong melapah daging lembu

Dari apa yang aku perhatikan, memang petugas sebok sangat, almaklumlah segalanya telah dirancang dengan teliti dalam satu musyawarah yang dah diadakan sebelumnya bagi menjamin kelancaran upacara.

Bermula lebih kurang pukul 8 pagi membawak kepada 12 tenghari acara pun selesai dengan daging korban dibahagikan dengan secukupnya kepada yang selayaknya. Ada la jugak 1 panggu dari setiap ekor yang dikorbankan disedekahkan kepada Masjid untuk dibuat hidangan untuk Majlis Tahlil pas Zohor.

Apa yang dikorbankan??

Desas-desus ceritanya, ada la dan memang ramai gak
la petugas yang ternampak ada jugak insan yang mengambil kesempatan membawak balik daging korban yang disedekahkan kepada Masjid untuk Tahlil (kononnya daging korban ni sape2 pu boleh amik sebab nak sedekah).

Jadi yang timbul permasalahannya disini, yang bawak balik tu dah la orang yang tak berkenaan, dah tu banyak plak melebihi orang yang buat korban plak (ada ke sampai se peha depa ni bawak balik). Dah tu ada jugak yang tak sabar2 kaut nasik dan lauk yang dimask tu untuk dibawak balik sedangkan Majlis belum pun mula lagi.

Tok Imam Mokti tengah membahagikan daging korban

Jadinya apa yang kita buat ni?? Apa yang kita korbankan sebenarnya?? Kemasuk sangat ker daging korban nih?? sedap sangat ker?? Lapo sangat ker??

Kita tu sape sebenarnya yang nak memandai2 bawak balik walhal dah ada orang yang diamanahkan untuk pembahagian supaya semuanya adil dan ibadah korban ni diterima Allah dan kerja2 yang kita buat pada hari tu mendapat balasan yang baik dari Allah.

Macam-macam la lagi perkara yang tak sepatutnya berlaku, tapi berlaku jugak. Memang dah dijangka daripada pengalaman tahun-tahun sebelumnya, sebab tu lah ada petugas yang ditugaskan untuk mengawal. Tapi tu la manusia hanya mampu merancang, but at the end... Allah yang menentukan semuanya.

Bukannya aku nak marah pun... Tapi benda macam ni tak sepatutnya terjadi...
Korban adalah satu ibadah.

Pecah kaca atas rumpun,
Terkasar bahasa harap ampun.

Wallahualam...
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Buat teman-teman semua, aku dan isteri ucapkan SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL AdHa 1430 hijrah

Taman Tamadun Islam River Cruse - 8/6/09 06:37 PM

Dikesempatan ini...Aku jugak menghulurkan tangan memohon keredhaan dan kemaafan kat
korang semua...Tak kira ler aku ada wat salah ke tak dengan korang semua...Yang penting aku nak gak mintak maaf dengan korang...

Mohon di HALAL kan makan dan minum (hatta yang ter...)

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) - 9/6/09 11:38 PM

Akhir kata... Aku dan Enie (isteri aku)...

Terlajak PERAHU boleh DIUNDUR
terlajak KATA aku mintak AMPUN dan MAAF...

Aku & Enie Taman Tamadun Islam (Honeymoon - KT) - 7-10/6/09 11:38 PM

Semoga Aidil Adha tahun ini akan membangkitkan rasa pengorbanan dan keinsafan dalam diri aku dan korang dan kita semua...

WaSsAlAm...

Aku yang selalu ingat kat korang semua HiRO&Enie
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pagi tadi (sebelum start keje) sempat gak aku surfing web dan terus ke sifulislam.com.

Entry Us. Hasrizal Abdul Jamil (penulis skrip Cinta Sempurna) Sindrom Tourette: Jangan Hukum Mereka menarik minat aku untuk terus membaca. Sebenarnya aku pun tak tau sangat dengan sindrom tuh.

Apa yang menjadikan aku tertarik dengan entry ni? emm... mungkin sebab isteri aku (Enie).

Nak dijadikan ceritanya, Enie keje sebagai guru yang mengkhusus kepada Pendidikan Khas : Masalah Pembelajaran. Selama tempoh aku bersama dengan Enie yang belum pun sampai setahun jagung lagi, faham lah sedikit sebanyak aku pasal insan-insan istimewa yang berada dibawah didikan Enie ni. Sebenarnya rasanye tak de pun anak murid Enie yang mengidap sindrom Tourette ni.

Cuma apa yang aku kata kat sini ada persamaan dengan entry Us. Hasrizal berkenaan dengan tanggapan orang ramai kat insan-insan istimewa ni. Entahlah... susah nak cakap dimanak asas pendidikan manusia ni yang membawa kepada tingkah akal yang macam tuh???

Pernah sekali aku ikut Enie (31 Okt. 09) ke Kuala Kangsar. Enie jadi urusetia untuk satu program pendidikan khas di Kem PLKN Desa Rimba. Dalam program tuh pelajar-pelajar kelas khas Hulu Perak dikumpulkan (tapi tak semua la... dan tak la yang kurang upaya fizikal).

Aku perhatikan... MasyaALLAH!!! sesetengah perkara yang mereka mampu buat tu belum tentu sesetengah orang yang normal mampu buat!!!

SO... Mereka memang istimewa!!!

Pelbagai ragam yang aku tengok - hatta tarian shufle yang popular sekarang pun popular dikalang mereka ni (aku sendiri pun tak pandai - tapi memang tak minat pun)

Restu Guru.

Yang paling akhir yang aku perhatikan ialah, di kala akhir program tatkala para guru dan pelajar (termasuk jurulatih di kem PLKN tu) bersalaman. Sedih gak aku masa tu...

Dua perkara yang buat aku sedih...

1. Sedih melihat bagaimana penghargaan yang diberikan oleh murid kepada para guru dan jurulatih mereka dan restu dan penghargaan para guru dan jurulatih kepada para murid.

2. Sedih melihat pada sesetangah guru yang menganggap guru hanya sebagai satu profession dan bukannya tanggungjawab.

Tanggungjawab.

Selalu aku berpesan kat Enie mendidik adalah tanggungjawab guru, iaitu tanggungjawab Enie kepada anak didik dia.

Selalu jugak aku ingatkan kat Enie kalau kita nak anak didik kita berjaya bukan sekadar nak di dapat cemerlang dalam exam, wa'imal 100% dalam semua subjek pun belum tentu mereka akan berjaya. Takpayah lah mencontohi sesiapapun, Rasulullah S. A. W. sendiri pun asal nya tidak padai membacaya, tapi sebaliknya Rasulullah S. A. W. menjadi pemimpin agung disebabkan sahsiah baginda yang terpuji. Itulah Muhammad Al-Amin.

Itulah yang digunapakai oleh Enie dalam mendidik anak didik dia. SAHSIAH iaitu pembentukan budi pekerti yang baik dan nilai-nilai kerohanian yang cemerlang.

Satu persolan yang selalu aku timbulkan kat Enie - BERJAYAKAH KITA MENDIDIK DAN BERJAYAKAH KITA MENJADI PENDIDIK.

Allah S. W. T. jualah Maha Mengetahui segalanya...

Wassalam...
Read More …

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rasanya dah 3 minggu takde entry kat MyePH nih... maaf la kat kawan yang komplen tu (http://canaacinie.blogspot.com/) tapi pepun thanx coz sudi menjengah kat blog aku yang xseberapa nih...

Sebenarnya, emel pun dah lama xsempat nak baca...hari ni rasa cam ada masa sket nak baca, so aku pun baca ler dengan bersungguh2 sampai la aku terbaca emel dari salah seorang peminat (http://saifulislam.com) nih. MEMANG MENARIK! dan aku tertarik untuk nak poskan dalam blog aku untuk kita sama2 mengambil panduan dan insyaALLAH semoga kita akan memandu orang lainnya pulak...

MARILAH SAMA-SAMA KITA BACA DAN FAHAMI....

Hukum Mengahwini Wanita Hamil!!!

Sesungguhnya, permasalahan ini AMATLAH BERAT!!!

Perkahwinan seumpama ini pada hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 :    Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 :    Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 :    Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 :     Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 :  Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 :     Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 :  Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 :    Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 :     Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 :  Ya!! Dia tidak boleh menjadi mahram kepada anak tersebut.

Soalan 8 :    
Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 :  Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 :    
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 :
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serious... Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/Ustaz/Tuan guru/Alim Ulama' untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan selanjutnya sekiranya perlu.

Mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian  alam".

Kesimpulannya :
Janganlah kita menjadi jahil dengan keadaan kita yang jahil dan dari hidup kita yang jahil... Tanyalah pada yang alim... Sesungguhnya ilmulah yang akan membawa kejayaan pada kita di dunia... Dan ilmu jualah yang akan membawa kejayaan pada kita di akhirat kelak...

Wassalam...


dari.HiRO.Hazznie



Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
Read More …

Assalamualaikum semua..

Rasanya dah jemu gak la dengan layout yang lama blog ni kan??? Jadinyer mulai la ni...disajikan rupa baru yang lebih matang dan fresh.

InsyaALLAH...entry pun akan di'fresh'kan jugak.
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kekadang atau mungkin selalu gak la kita semua ni terfikir... atau mungkin kebanyakan kita memikirkan apakah sebenarnya yang kita nak??

Sebenarnya dah ke sampai hanjat kita?? Dimana kita sebenarnya??

Dan yang paling penting... APA SEBENARNYA YANG KITA FIKIRKAN???

Biarkanlah...wa'imal apapun semuanya telah ditetapkan dan yang akan terjadi akan tetap terjadi dan yang dah terjadi tu memang kekal camtu dah. Fokus yang sebenarnya...adakah kita ini seimbang didunia dan akhirat kelak (bagi yang Islam tu faham la kot).

Fikir-difikirkan susah jugak kan??? (Taktau la ada yang beranggapan sebaliknya)

Jadi teruslah berfikir-fikiran dan semoga berfikiran itu membuatkan kita menilai dan memperseimbangkan kembali diri sendiri. Ubah dan bentuklah diri sendiri terlebih dahulu untuk emmbolehkan kita membentuk orang yang lain.

Beringat dan Memperingatkan itu adalah suatu yang amat baik... Semoga ingatkan saya selalu dan insyaALLAH saya akan senantiasa memperingatkan...

Wassalam...

Oppss... M a y b e . s a y a . a k a n . j a d i . p e n y a m b u n g . z u r i a t . ISLAM
Alhamdulillah...ALLAHUAKBAR
Read More …




Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Dah nak raye ek??? Pose korang penuh ker??? Yang pompuan tu takpe la...memang patut tak cukup poses pun..tapi yang lelaki tuh!!!!

Apa pun buat korang semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Read More …

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan dari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: ''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis al-selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah swt untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah swt. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firmannya:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah s.w.t. tidak sekali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.


Oleh sebab bulan Syaaban adalah diantara bulan-bulan yang mulia dan mempunyai keistimewaan yang tertentu, maka wajar sekali jangan kita biarkannya berlalu begitu sahaja tanpa mengerjakan amal-amal soleh yang telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w..

Diantara amalan-amalan yang sewajarnya dilakukan oleh kaum muslimin didalam sepanjang bulan Syaaban adalah seperti berikut:

Berpuasa Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud: Dari Aishah r.a., katanya : " ..... Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa sebulan genap, sesuatu bulan melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihatnya mengerjakan puasa pada bulan yang lain lebih banyak daripada yang dikerjakan dalam bulan Syaaban ".

Banyak melakukan amalan takwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: " Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.

Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramallah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.

“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Surah as-Syura: 30).

Rujukan:

Khutbah Masjid Negara Kuala Lumpur(2002)

Teks Sdr Abdul Ghani Yaacob pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Read More …

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

emmm....dah lama la rasanya tak men'taip' kat blog ni... Rasa rindu gak nak menulis ni, tapi...agak bizi gak la...

Pe pun, mungkin ni permulaan bagi sanak untuk menulis semua...

Wassalam...

One of the best about Kuala Sepeteng...emmmm mee Udang (besaq tu udang dia) memang puas makan...
Dapur arang (tempat buat kayu arang, kira kilang kayu arang la tu..)
Cikgu Tuan Zarul (Thanks coz ajar kami tak jemu2, maklumla geng huru-hara) dan Cakcibau my pren yang huru-hara

Sawah padi in my Kampung (Parit Mat Ali, Kuala Kurau, Perak)
ni padi (ada yang tak tau ker?? hehe)
My pren masa kursus fotografi kat Pualau Mata Kail, Tasik Banding, Gerik, Perak Darul Ridzuan.
Cakcibau @ Pepatung @ Duyong @ Sesior @ Dragonfly (lantak korang la nak sebut mana satu pun)
Sunset kat Kuala Sepetang, Taiping, Perak.
Read More …

Ini merupakan artikel lama yang pernah disiarkan di laman sesawang INTIS/YAPIS ( http://intisonline.com/ ). Semoga ia menjadi panduan kepada kita, untuk mengamalkan sunnah khususnya dalam bulan Muharram dan menjauhi bid’ah-bid’ah yang merebak dalam masyarakat khususnya apabila menjelma bulan Muharam. Selamat membaca!

Oleh: Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib (www.abdulrazak.com)

Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan-bulan agung dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan ini. Allah s.w.t. juga mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal pada bulan yang mulia ini. Antara yang sering diamalkan oleh umat Islam pada bulan ini ialah berpuasa sunat. Namun, persoalannya adakah amalan berpuasa sunat yang dilakukan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau pun sebaliknya? Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kita tiada pilihan lain lagi yang lebih baik kecuali menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan dan hakim bagi segala penentuan.

Jika diteliti hadith-hadith Rasulullah s.a.w., maka kita akan dapati banyak riwayat yang membicarakan tentang amalan puasa sunat di bulan Muharam ini serta ganjarannya. Namun, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah memastikan riwayat-riwayat tersebut memang pasti bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w. Ini penting kerana setiap amalan yang ingin kita lakukan mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahihah agar ianya diterima dan diberikan ganjaran pahala.

Antara hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang amalan puasa di bulan Muharram ini ialah:

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura:


Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi s.a.w. datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)). Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda s.a.w. bersabda: ((Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu)), maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari )

 

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

 

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

 

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini. (Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini  matlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya  asulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda s.a.w. menjawab: ((Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah s.a.w. begitu mengambil berat dan member keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharam)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:


Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

 

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi s.a.w. berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. seperti mana yang diriwayatkan oleh  undub bin Sufian bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): ((Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram)). (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Kepercayaan dan Amalan Yang Bukan daripada Ajaran as-Sunnah

Kesedaran umat Islam dalam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat iaitu semoga ianya akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Namun, peringatan Nabi s.a.w. dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Daripada A’isyah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: ((Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama) maka ianya akan tertolak)).(Riwayat Muslim).

Oleh sebab itulah para ulamak, antaranya al-Fudhail bin ‘Iyadh telah meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah s.w.t. dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Al-Fudhail dalam menafsirkan firman Allah di dalam surah Hud, ayat ke-8 dan surah al-Mulk ayat ke-2 iaitu (Maksudnya: (Allah menjadikan semua itu) untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya)), beliau berkata: “iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ianya juga tidak akan diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan ikhlas dan tepat”. Beliau berkata lagi: “Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah s.w.t. semata-mata, dan yang dikatakan tepat itu ialah ianya bertepatan dengan sunnah”.

(Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-HIkam, Tahqiq:Dr. Yusof al-Baqa’I (Bierut: al-Maktabah al-‘Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)

Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan ini.

Antara amalan-amalan di bulan Muharam yang tidak bersumberkan sunnah Rasulullahs.a.w. yang sahihah ialah:-


Memakai celak pada hari ‘Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama- lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ((Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari ‘Asyura’, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya)). (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu ‘at, 2/116)

 

Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah s.a.w. tentang amalan memakai celak pada hari ‘Asyura, dan ianya adalah bid’ah”.


Solat sunat yang khusus pada hari ‘Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: ((Sesiapa yang sembahyang padanya (hari ‘Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali Qullhuwallhu ahad, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun)).

 

Mandi yang khusus pada hari ‘Asyura’ dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang sakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: ((Barang siapa yang mandi dan bersuci pada hari ‘Asyura’, ia tidak akan ditimpa sebarang sakit pada sepanjang tahun, kecuali mati)).


Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari ‘Asyura’ dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada ‘Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: ((Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman, pakaian) kepada ahli keluarganya, pada hari ‘Asyura’, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki di sepanjang tahunnya)). Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al Maudhu’at,2/115).


Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau disandarkan kepada peristiwa nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab “Qashas al-Anbiya’.


Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas. Sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

Al-Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis-hadis maudhu’ ini yang berkaitan dengan amalan di bulan Muharam khasnya pada hari ‘Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh al-Husaian. Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-‘Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari ‘Asyura selain daripada puasa Baginda. Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan al-Husain pada hari ini. Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan dari biji-bijian (bubur) dan memakai celak dan mereka meriwayatkan hadith hadith maudhu’tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga”.

(Syeikh ‘Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan daripada sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum muslimin.

Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunnah Baginda s.a.w., dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Read More …