MyePH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini dah 16 hari kita berpuasa. Ini bermakna cuma tinggal 14 hari saja lagi untuk kita menyambut kemenangan kita menewaskan nafsu dibulan Ramadhan ini (InsyaALLAH).

Pasti ramai yang sekarang ini sibuk memikirkan juadah serta persiapan Aidilfitri. Yang pastinya Islam mengajar umatnya dengan bersederhana dan sentiasa bersyukur. Janganlah kita menyambut kemenangan ini dengan kekalahan (maksud saya boros berbelanja, sehingga menimbulkan riak, berdengki dan lain-lain lagi sifat yang tidak elok yang semua ini adalah disebabkan kita mengikut nafsu yang pada Ramadhan kita berjuang untuk menundukkannya).

Jadi...Saya ingatkan diri saya dan juga sesiapa saja yang sentiasa mengingati supaya hindarilah dari sifat-sifat yang sedemikian itu. Bersederhanalah dan bersyukurlah.

"RAIKANLAH SYAWAL DENGAN KESYUKURAN KERANA ITULAH KEMENANGAN YANG SEBENAR-BENARNYA"
"INSYAALLAH"
Salam AidilFitri
Maaf Zahir & Batin
Read More …

Sepanjang Ogos & September tadi terlalulah sibuk dengan kerja sampaikan nak update blog ni pun takde masa... Fuhhh... letih betul. Maklumlah Bulan Kemerdekaan... Tahun ni Daerah Pengkalan Hulu memang banyak program untuk sambutan bulan kemerdekaan. Antaranya :-

1. Konvoi Jalur Gemilang (19/08/06)
2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
3. Pertandingan Golf Piala YDP MDPH (25/08/06)
4. Malam Ambang Merdeka (30/08/06)
5. Teater Harimau Malaya (03/09/06)
6. Sambutan Kemerdekaan/Perbarisan (06/09/06)
7. Pertunjukan Wayang Kulit (09 - 10/09/06)
8. Pertandingan Rakit Berhias (13/09/06)
9. Malam Gala Merdeka (17/09/06)

Semua ni aku terlibat sekali. aku jadi juru kamera vedeo merangkap juru foto. Kerja pun dari jam 7:00 pagi sampailah tengah malam. Kadang-kadang sampai 3:00 pagi. Tapi alhamdulillah semuanya beres... Antara semua acara ni aku dengan kawan aku dapat juga dua kemenangan iaitu 'tempat pertama : kereta berhias' dan 'tempat kedua : perbarisan'.

Ni gambar kemengan kami... heheh... :)


Yang ni aku dengan kawan-kawan aku yang masuk perbarisan dengan bos no. 2 aku en. Sulaiman bin Salbidi (yang pakai baju batik warna biru tu).


Yang ni aku buat wallpaper kat komputer aku kat opis. Buat kenangan sebab aku kat depan sekali... hehehe.. :)


Ni kereta berhias yang dapat tempat pertama.
Read More …

Assalamualaikum..
Kepada Teman-teman...
Raikanlah kemenangan ini dengan bersujud & bersyukur kepada ALLAH S.W.T.
Semoga Syawal yang bakal menjelma membawa kebahagiaan.
Selamat Hari Raya AidilFitri & Maaf Zahir dan Batin.
Wassalam... dari HiRO.
Read More …

Alhandulillah aku dapat lagi bersua dengan Ramadhan...

Aku melihat kedamaian Ramadhan, aku menghayati pengisiannya, aku mencari keberkatan dan keredhaanNYA.


Ramadhan ini sungguh meriah. Yang menginsafi dan menghayati tidak henti-henti beribadat sehinggalah tidurnya mereka itu (mungkin cuma 2-3 jam). Tapi Ramadhan juga membuka pintu rezeki kepada banyak orang. Syukur Alhamdulillah jika rezeki itu diberkati. Dan ingatlah janganlah rezeki yang kita cari itu menjadi haran oleh kerana kita tidak beribadah.

Renungkanlah...

Wassalam...
Read More …

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Al-Baqarah ayat 183

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Al-Baqarah ayat 184

 (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
Al-Baqarah ayat 185

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.
Al-Baqarah ayat 187
Read More …

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

- Surah Al-Baqarah
Ayat 183

Berpuasa kerana iman... Orang yang berpuasa tu orang yang beriman. Puasa tu apa? Tak makan tu puasa ke?

"Berpuasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar"

Tutup mulut daripada perkataan yang sia-sia, tutup mata daripada perkara yang mungkar dan maksiat, tutup telinga daripada yang melalikan, melangkah kearah kebaikan, perpegang kepada kebenaran, berfikir kearah keinsafan.

Sempurnakanlah Ramadhan ini... entah esok lusa adakah lagi Ramadhan untuk kita?

Salam Ramadhan untuk semua semoga Ramadhan tahun ini membawa barakah dan rahmat.
Read More …

Alhamdulillah sekarang ini telah ramai yang sedar tentang aurat dan yang amat membanggakan wanita-wanita Islam semakin ramai yang gemar bertudung.

Di Malaysia fenomena ini berlaku dengan bermulanya seorang artis (Wardina) membuat keputusan untuk mula bertudung. Disebabkan itu, bermulalah kisah fesyen-fesyen tudung bermula dengan 'Tudung Wardina' kemudiaannya 'Tudung Waheeda', 'Tudung Mawi' dan seterusnya.

Alhamdulillah imej artis-artis ini amat bersih dan sopan, juga cara berpaikaian mereka mengikut yang dituntut oleh syarak. Namun begitu masih ramai yang belum sedar bahawa, bertudung itu bukanlah bermaksud mereka telah menutup aurat sekiranya cara pakaian mereka masih belum memenuhi kehendak syarak.

Islam tidak melarang umatnya berfesyen, namun ianya harislah memenuhi kehendak dan tuntutan syarak.

Dari surah Al-A'raf ayat 26 Allah berfirman :

"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik."

Di Malaysia sekarang ini sedang giat dilakukan kempen menutup aurat oelh Pihak Berkuasa Agama jadi saya lampirkan satu risalah untuk tatapan.
Read More …

Okey la...
Kalau nak tau jugak 04/07/2006 hari tu Jamuan Perpisahan untuk Cik Lily yang buat praktikal kat Pej. Daerah.

Ni la dia orang nyer... >>


Nak tau lagi??? boleh.. silakan le...
Read More …

Asyik-asyik berpisah.. Asyik-asyik berpisah.. Amende la.. Xbest la kan?? Tapi setiap pertemuan ada perpisahan, setiap perpisahan tu ada pengalaman & setiap pengalaman tu ada pengajarannya...

Emmm... Sapa plak yg dipisahkan kali ni??? Nak tau??? Emmmm... Sapa ye?
Read More …

Hari ni aku bizi sangat la... Letih sangat... Pasal la 1st day keja dah sebok sangat camni... Sape la yang bleh tolong aku.Tolong la... Please... Nak tau lagi kat sini heheheh :)
Read More …

Semalam aku baru balik dari Cameron Highland (25/06/06)

Nak tau cite ape?

Emmmmm... Nak bagi tau ker????

OK lah klik jer kat sini>> dan enjoy dan komen la apa-apa yang patut.
Read More …

Selamat Hari Guru... Selamat Hari Guru...
Selamat Hari Guru pada semua GURU...
Selamat Hari Guru...

Panjang umurnya... Panjang umurnya...
Panjang umurnya serta mulia...
Serta muuuuuu liiiiiiiiiiiiii yaaaaaaaaaaaaa...
Serta muuuuuu liiiiiiiiiiiiii yaaaaaaaaaaaaa...

Untuk semua guru walau apa jua bidangnya, walau apa jua tugasannya, sesungguhnya anda semua adalah yang teristimewa... Hanya Allah jualah yang mampu membalas segala jasa dan budi baik guru-guru semua.

Sehebat mana sekalipun kami sekarang... semuanya berkat dari kesabaran guru-guru dan ketekunan guru-guru mendidik kami.

Bebelmu halwa telinga... Rotanmu penyedap rasa... Marahmu membuatku tidur lena...

Teristimewa buat Cikgu Yang Tersayang... Kamu senantiasa dihati ini buat selama-lamanya... Siang sentiasa diingatanku, malam sentiasa di dalam mimpiku..

Wassalam... Hazznie 4ever
Read More …


Semua ni terjadi lebih kurang 3 tahun lepas....

Ingat lagi tak???

19 - 21 Disember, 2003 (Jumaat - Ahad) di Ipoh.

Cuba ingat kembali...



Ucapan ni khas ditujukan kepada mat rempit Iwan (future immigration officer) berbahagialah selalu & jangan nak memerempit dah... heheheh :)

Boring tau jadi satu-satunya orang bujang kat sini. Cepat-cepat ler balik woi... Aku jer tak kawin-kawin lagi (duit tak berapa cukup)... ;)

Khas untuk mat rempit.... Katak rempit... heheh... enjoy!!!


Read More …


CITE pasal perpisahan dengan Cik Wan ni... Terkenang pulak pada tahun 2004 hari Sabtu 24hb. Ogos pukul 9:00 am...

Yang cam menari tu nama dia Izzi ^^^

Masa tu, sedih gakla pasal staff unit Penilaian Semula MDPH (lantikan secara sambilan) pun ada Majlis Jamuan Perpisahan gak.

Nama depa tu MOHD KHAIRULNIZAM B. CHE AHMAD (Yon), MOHAMMAD NOOR ZUL IZZI B. MD. ISA (Izzi), MOHD KHAIRANI B. MD. MIDAH (Che Khai), dan MOHD AZMIL B. MOHD HARIS (Azmil).

Ni la team penilaian yang paling best. Tapi lani suma dah keje lain dah... Tapi rasanya depa ni tetap best sampai bila-bila... Semoga hangpa usccess dan bahagia selalu, sampai bila-bila.

Bawah ni antara gambar-gambar nostalgia di majlis tuuuuuu









Salam mesra dari Keroh n babai...
Read More …


4:00 p.m. 29 Mac, 2006 - RABU - Pengkalan Hulu, Perak.

Hari ni hari yang paling menyayat hati bagi kebanyakan staff MDPH sebab hari ni adalah hari perpisahan Pen. Pegawai Penilaian MDPH Cik Wan Suriati bt Megat Abdullah. Cik Wan akan memulakan tugas di tempat baru, Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Jauh tu.... Tapi dekat dengan kg dia...


Ni la Cik Wan Suriati bt Megat Abdullah (kiut kan? heheh...) >>>

Cik Wan Suriati start keje kat sana pada 2 April, 2006. Semoga beliau akan dapat kengkawan yang best cam kat MDPH ni. Sebab Cik Wan ni memang best...

Harap-harap Cik Wan bahagia disamping geng di sana...

babai untuk kali ni... komen cam biasa...

Read More …


Hi... I'am back again...

Baru-baru ni saya ada menonton satu iklan komersial dari NIKE pasal bola.

Nak tau... nama dia JOGA TV... dalam iklan tu player dia Ronaldinho. Yang best sangat tu, dia punya skil, best ooo... ada juga video dia main masa dia buak gi. Tau tak skil dia masa budak pun dah memang bagus, Malaysia punya player boleh tak kalau ada yang macam tu.

Rasanya ada kot... Malaysia boleh la katakan...

Jadi......... Jom kita semarakkan slogan "MALAYSIA BOLEH", InsyaAllah nanti kita akan main dalam final wold cup.

Last sekali.. lawatilah joga.com untuk maklumat lanjut (boleh creat blog gak) ataupun ke nikefootball.com pasti gempak.

OK lah jumpa lagi lain kali... Bye...

joga bonito (play beautiful)
Read More …