MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Esok 12 Rabiul Awwal 1431 hijjrah... Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A W.

Sama-sama lah kita mengenangkan kembali perjuangan baginda menyemarakkan ISLAM di muka bumi ini.

Wassalam...
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Kali ni aku nak kongsikan satu artikel yang seharusnya kita tahu dan kita kongsikan pula kepada yang lain supaya meraka semua juga akan tahu.


Sebenarnya setakat mana kita mengenal Rasulullah S.A.W.?


Selalul juga aku terfikir "alangkah bahagianya aku sekiranya aku dapat hidup di zaman Rasulullah S.A.W. dapatlah aku menatap wajah baginda, berdampingan dengan baginda, menyentuh baginda, mendengar ajaran-ajaran baginda, bersolat diimamkan baginda dan yang teramat pentingnya sentiasa adanya baginda untuk menyelesaikan segala permasalahan aku."

Tapi setiap kali aku berfikirkan hal ni, setiap kali tu juga aku menjawab sendiri dan sering kali teringatkan sabda baginda tentang "iman yang paling mempersona adalah orang yang datang sesudah baginda, tidak pernah bertemu baginda, tetapi beriman dengan baginda" dan "sesungguhnya dizaman Rasulullah S.A.W. orang munafik juga solat dibelakang baginda".


Syukur Alhamdulillah aku hidup di zaman ini...


Sedikit tentang sejarah Perayaan Maulidur Rasul



http://misabah.blogspot.com/
From: Muhammad Sholihin

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as. 

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataani memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'id Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama'telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama€' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
³Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.'

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
'Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.
Beliau berkata(ringkasan):
³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa€ ¦'²d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam'´

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:
1) Allah berfirman:
³maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung '´ - Al-Araf: 157
Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:
Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Ibrahim. Ayat 5
Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam 'Syakbu al-Iman€'´ daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu, "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura ?
Jawab mereka: '³Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi berkata: ³Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu'[Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:
- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.
Keterangan:
Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:
Baginda bersabda, ³Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, hamba Allah dan pesuruh Nya.(Al Qomar )

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:
Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda:³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat. [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)

4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Rujukan:
www.islam-qa.com, www.islamonline.com, http://www.surau.ladang.net/, http://islam.tc/ask-imam/index.php, www.bicaramuslim.com
Read More …

http://akhisalman.blogspot.com


MUKADDIMAH

Sudah lama persoalan hukum teknik rebonding ditimbulkan. Cuma kesibukan dan sumber rujukan yang menyebabkan lambat untuk saya menulis tentangnya. Mudah2an dgn penulisan ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat agar mereka sentiasa berada di landasan kebenaran.

APAKAH ITU TEKNIK REBONDING

'Rebonding' merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia yang tertentu dan melalui proses yang tertentu. Bahan kimia tersebut akan mengurai struktur asal rambut dan membinanya kembali mengikut bentuk yang dikehendaki. Rambut yang melalui proses rebonding akan kekal dalam keadaan lurus sehinggalah rambut baru tumbuh.

Proses rebonding :

Proses ini mengambil masa lebih kurang 8 jam. Jika rambut lelaki biasanya 3 jam.

1. rambut dibasuh dengan syampu.

2. kemudian rambut dipisah-pisahkan dan dikenakan krim pelembut atau 'relaxant' untuk menjadikan rambut lurus. papan plastik kecil diletak bagi memastikan rambut kekal lurus

3. krim pelembut atau 'relaxant' tadi dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian rambut dipanaskan dengan wap sebelum dibilas.

4. rambut dikeringkan dan dikenakan 'keratin lotion'.

5. kemudian sejenis seterika khas untuk rambut yang mempunyai permukaan yang rata digunakan bagi memastikan seluruh rambut menjadi lurus, tiada saki baki yang tertinggal.

6. rambut dipisah-pisahkan sekali lagi, dan 'neutraliser' digunakan bagi mengukuhkan balik struktur rambut

7. neutralizer dibiarkan selama 30 minit dan dibilas. Kemudian 'seterika khas' digunakan sekali lagi dan rambut akan kelihatan lurus dan berseri.

Adakah rebonding membawa mudarat kepada rambut?

Krim pelembut atau 'relaxant' yang digunakan dalam teknik rebonding mengandungi unsur-unsur kimia yang mengubah struktur rambut dan boleh mengakibatkan rambut kering, lemah, dan masalah rambut gugur. Antara bahan kimia tersebut adalah sodium hydroxide, calcium hydroxide dan ammonium thioglycolate. Rambut yang dilakukan rebonding perlu mendapat penjagaan yang istimewa, jika tidak rambut tersebut akan mudah rosak.


MENGUBAH BENTUK ASAL RAMBUT MENURUT ULAMA

Ulama Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.

Imam Ramli (Ulama mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj:

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suamniya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi." (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama, seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.

SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA: PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda:

لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتلفجات للحسن المغيرات خلق الله

"Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah" (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut:

إحداث تغييردائم في خلقة معهودة

" Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata:

إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور

" Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

Kesimpulan:

Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ

" Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya."

Hr Abu daud - hasan sahih

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. (terima kasih pd ikhwah yg cari maklumat tentang teknik rebonding) 


dari.HiRO.Hazznie



Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software. Download Yahoo! Toolbar now!
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Suatu cerita yang nak aku kongsikan bersama-sama dengan korang semua.

Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California. Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana "berkelakuan ganas" dan memasuki Korea Utara secara haram.

Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutuskan untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bergelar Aafia Siddiqui. Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika. Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Muslimah dan beliau tiada pemimpin yang boleh memelihara serta mengurusi masalah yang dihadapinya.

Inilah kisah beliau

Dr Aafia Siddiqui telah dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac, 1972. Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan perubatan di England, dan Ismet. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang yang "tahfiz" al Quran. Dr Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh Ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-kali, dicabul kehormatannya dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya. Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak penguasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan.

Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar "tahanan 650" telah dimasukkan ke Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley, penulis Cageprisoners.com telah menulis tentang "tahanan 650"(Aafia), mengenai kisah penyiksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau dirogol berulang-kali selama empat tahun.

" Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema(dengan penuh nada penyeksaan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan untuk melancarkan mogok lapar." Yvonne menggelar beliau sebagai wanita bayangan kerana beliau adalah mirip seperti hantu, sesuatu yang tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui sesiapa sahaja yang mendengarnya. Suara seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat."

Kedua-dua pihak kerajaan Pakistan dan pihak bertanggungjawab di Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehingga kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media. Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal bahawa beliau telah merampas senjata dari pegangan seorang tentera Amerika dan menembak seorang pegawai tentera Amerika.
Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradikasi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008. Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kompaun Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa manual tentang letupan dan "bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bikar yang bertutup" yang terdapat di dalam pegangannya. Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika(tiada sesiapa diantara mereka yang tercedera), namun sebaliknya, Aafia sendiri yang

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:
• Sebelah dari buah pinggangnya telah dibuang
• Semua gigi beliau telah dicabut
• Hidung beliau telah dipatahkan dan dibetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna
• Luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan darah berterusan mengalir dari lukanya dan dibiarkan membasahi pakaian beliau

Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di hadapan mahkamah untuk bersidang dengan berkerusi roda, dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim:

" Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak."

Peguam Aafia, Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara, beliau sangat risaukan anak-anaknya dibiarkan kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, "Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun didalam penjagaan pihak Amerika, dan beliau diperlakukan dengan amat kejam."

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder)

Perbicaraan Aafia Siddiqui akan bermula pada minggu ini.

Lihatlah! Betapa dengan ketiadaan Khilafah, Aafia Siddiqui dan seluruh Muslim di dunia ini adalah seperti orang yang merempat, tiada negara dan tiada pembelaan, seperti yang diperingatkan oleh Sallallahu Alaihi wa Sallam, Kita adalah seperti buih-buih dan puing-puing yang di hanyutkan oleh arus lautan.

"Manusia akan suatu masa nanti menyeru sesama mereka untuk menyerang kalian seperti orang-orang yang mengelilingi hidangan". Ada yang bertanya, "Adakah ini berlaku kerana bilangan kami yang kecil ketika itu?".

Rasulullah SAW menjawab, " Tidak, bahkan jumlah kalian banyak namun kalian adalah seperti buih-buih yang dibawa air. Allah mengangkat kegerunan musuh terhadap kalian dari dada-dada mereka dan mencampakkan penyakit wahn ke dalam jiwa-jiwa kalian". Ada yang bertanya, "Wahai Rasul Allah, apakah penyakit wahn itu?".

Rasulullah SAW menjawab, "Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian." [Abu Daud dan Ahmad]

Penyakit wahn inilah yang telah menyebabkan pihak berkuasa Pakistan dengan kejinya menculik dan menyerahkan seorang wanita Muslimah kepada pihak kuffar Amerika, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: " Seorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lainnya, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya yang lain kepada pihak yang menindas" [HR Bukhari]

Penyakit wahn ini jugalah yang menghalang para pemerintah di dalam wilayah-wilayah Islam untuk mengangkat jari-jemari dan tangan-tangan mereka untuk mempertahankan maruah dan kehormatan kaum Muslimah dan membebaskan bukan sahaja Aafia, malahan beribu-ribu kaum Muslimin yang merengkok di dalam penjara di Guantanamo, Bagram dan pusat-pusat tahanan rahsia CIA, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda mengingatkan mereka: " Sesungguhnya, adalah menjadi kewajipan ke atas kaum Muslimin untuk membebaskan tahanan mereka ataupun membayar tebusan untuk mereka"

Penyakit wahn ini jugalah yang mendorong para pemimpin Dunia Islam untuk memenjara, menyeksa dan mendera beribu-ribu golongan Muslim yang ikhlas berjuang menegakkan Islam, di dalam penjara kejam mereka, sedangkan Hisham bin Hakeem meriwayatkan, : "Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: " Allah akan menghukum mereka yang menghukum orang lain di dunia." [HR Muslim]

Namun begitu, kita haruslah sedar dan ingat bahawasanya kita sebenarnya bukanlah sentiasa merempat dan bahawa kita tidak pernah mempunyai Negara yang membela kaum Muslimin. Tatkala Negara(Daulah) Islam wujud suatu ketika dahulu, maruah dan kehormatan para wanita Muslimah telah dipelihara dan tahanan-tahanan Muslim dibebaskan.

Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa' telah mencabul kehormatan seorang wanita Muslimah dengan mengikat hujung kain yang dipakainya kepada kerusi dan menyebabkan auratnya tersingkap. Seorang lelaki Muslim yang kebetulan berada di situ ketika itu, telah bangun membela dengan membunuh Yahudi tadi. Kaum Yahudi kemudiannya membalas dendam dengan membunuh pula lelaki Muslim itu. Kaum keluarga lelaki Muslim itu telah meminta bantuan kaum Muslim yang lain, dan Baginda SAW telah menghantar pasukan tentera Muslim untuk menyerang Yahudi Bani Qainuqa' dan selepas lima belas hari bertempur, kaum Muslim berjaya menghapuskan seluruh Bani Qainuqa' dari tanah Madinah.

Imam ibnu Athir mencatatkan dalam "Al-Kamil fi Tarikh", sebuah kisah yang terkenal mengenai seorang wanita Muslimah yang telah ditangkap oleh puak Rom dan ditahan di satu tempat bernama 'Amuriyyah. Tidak puas dengan menahan beliau, mereka juga telah cuba untuk mencabul kehormatan wanita Muslimah itu. Bersendirian dan ketakutan, wanita itu memanggil nama Khalifah pada ketika itu "Oh Mu'tasim". Seorang lelaki menyaksikan kejadian ini, lantas bertemu dengan Khalifah Mu'tasim dan memaklumi beliau tentang kejadian itu. Tatkala Mu'tasim mendengar rintihan wanita itu, beliau menyahutnya dengan penuh keberanian, "Labbaik (Aku datang menyahut seruanmu)." Mu'tasim mempersiapkan sepasukan bala tenteranya dan melancarkan serangan untuk menyelamatkan wanita itu. Pasukan tentera beliau telah menawan pihak musuh dan memasuki 'Amuriyyah. Selepas menghancurkan kubu kuat musuh, mereka sampai kepada wanita itu serta berjaya membebaskannya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula telah mengirim sepucuk surat kepada Tahanan Perang Muslimin di Konstantinopel. Beliau memberitahu mereka:

" Kalian mengatakan diri mu adalah Tahanan Perang. Sebenarnya, kalian bukanlah begitu. Kalian telah dipenjarakan kerana berjihad untuk Allah. Aku ingin memberitahukan kalian semua, apabila aku memberi sesuatu kepada semua kaum Muslimin, aku akan memberikan lebih kepada kaum keluarga kalian dan aku mengirimkan sipulan dan sipulan dengan 5 dinar untuk setiap seorang dari kalian. Seandainya bukan kerana aku risaukan penguasa diktator Roman yang akan merampasnya dari kalian, sudah pasti aku akan mengirimnya lebih lagi. Aku juga telah mengutus sipulan bin sipulan untuk memastikan pembebasan setiap dari kalian, tanpa mengira berapa pun wang tebusan yang perlu dibayar. Maka bergembiralah kalian! Salam Sejahtera."

Wahai Amerika dan Sekutunya!

Pada hari ini kamu membunuh kaum lelaki, wanita dan anak-anak Muslim kami, menyeksa dan memenjarakan kami serta merampas sumber semulajadi dan tanah-tanah kepunyaan kami. Tetapi ingatlah dan sedarlah kamu bahawasanya perkara ini hanyalah sementara sahaja. Kebangkitan Islam sedang berlaku dan penyakit wahn itu sedang dirawat dan sedang mencair secara perlahan-lahan dengan ikatan pemikiran dan akidah Islam yang menebal dan kian utuh. Kamu sudah tentunya menyedari akan hal ini, maka sebab itu lah kamu melancarkan peperangan menentang keganasan dan membelanjakan berbillion-billion wang untuk menakluki wilayah-wilayah serta tanah-tanah kami.

Nantikanlah! Tatkala kemenangan dari Allah Subhanahu wa Taala telah tiba, dan wilayah-wilayah kaum Muslimin bersatu di bawah pemerintahan satu Khalifah, yakinlah bahawasanya Negara Daulah Islamiyyah yang terbentuk itu akan mempergunakan seluruh kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraannya untuk membebaskan seluruh tahanan kaum Muslimin dan memelihara kehormatan para Muslimah . Allahu Akhbar!!!


dari.HiRO.Hazznie



Open emails faster.
Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo!.Get it here! (It's free)
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni bab hubungan suami isteri plak...

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
======================================================================
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."


dari.HiRO.Hazznie




Adding more friends is quick and easy.
Invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.


هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan". Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:
Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya." Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini" ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:
"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala." Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja.. 

Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)

KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ 

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ni ada dua e-mail yang aku nak kongsikan dengan korang semua...

Just baca dan ambik iktibar je la ek...

MENGUAP MENURUT ISLAM


Daripada Abu Hurairah r. a.. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r.. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bah agi a dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wassalam...



Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
Read More …