MyePH


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini dah 16 hari kita berpuasa. Ini bermakna cuma tinggal 14 hari saja lagi untuk kita menyambut kemenangan kita menewaskan nafsu dibulan Ramadhan ini (InsyaALLAH).

Pasti ramai yang sekarang ini sibuk memikirkan juadah serta persiapan Aidilfitri. Yang pastinya Islam mengajar umatnya dengan bersederhana dan sentiasa bersyukur. Janganlah kita menyambut kemenangan ini dengan kekalahan (maksud saya boros berbelanja, sehingga menimbulkan riak, berdengki dan lain-lain lagi sifat yang tidak elok yang semua ini adalah disebabkan kita mengikut nafsu yang pada Ramadhan kita berjuang untuk menundukkannya).

Jadi...Saya ingatkan diri saya dan juga sesiapa saja yang sentiasa mengingati supaya hindarilah dari sifat-sifat yang sedemikian itu. Bersederhanalah dan bersyukurlah.

"RAIKANLAH SYAWAL DENGAN KESYUKURAN KERANA ITULAH KEMENANGAN YANG SEBENAR-BENARNYA"
"INSYAALLAH"
Salam AidilFitri
Maaf Zahir & Batin
Read More …

Sepanjang Ogos & September tadi terlalulah sibuk dengan kerja sampaikan nak update blog ni pun takde masa... Fuhhh... letih betul. Maklumlah Bulan Kemerdekaan... Tahun ni Daerah Pengkalan Hulu memang banyak program untuk sambutan bulan kemerdekaan. Antaranya :-

1. Konvoi Jalur Gemilang (19/08/06)
2. Pertandingan Kibar Jalur Gemilang
3. Pertandingan Golf Piala YDP MDPH (25/08/06)
4. Malam Ambang Merdeka (30/08/06)
5. Teater Harimau Malaya (03/09/06)
6. Sambutan Kemerdekaan/Perbarisan (06/09/06)
7. Pertunjukan Wayang Kulit (09 - 10/09/06)
8. Pertandingan Rakit Berhias (13/09/06)
9. Malam Gala Merdeka (17/09/06)

Semua ni aku terlibat sekali. aku jadi juru kamera vedeo merangkap juru foto. Kerja pun dari jam 7:00 pagi sampailah tengah malam. Kadang-kadang sampai 3:00 pagi. Tapi alhamdulillah semuanya beres... Antara semua acara ni aku dengan kawan aku dapat juga dua kemenangan iaitu 'tempat pertama : kereta berhias' dan 'tempat kedua : perbarisan'.

Ni gambar kemengan kami... heheh... :)


Yang ni aku dengan kawan-kawan aku yang masuk perbarisan dengan bos no. 2 aku en. Sulaiman bin Salbidi (yang pakai baju batik warna biru tu).


Yang ni aku buat wallpaper kat komputer aku kat opis. Buat kenangan sebab aku kat depan sekali... hehehe.. :)


Ni kereta berhias yang dapat tempat pertama.
Read More …

Assalamualaikum..
Kepada Teman-teman...
Raikanlah kemenangan ini dengan bersujud & bersyukur kepada ALLAH S.W.T.
Semoga Syawal yang bakal menjelma membawa kebahagiaan.
Selamat Hari Raya AidilFitri & Maaf Zahir dan Batin.
Wassalam... dari HiRO.
Read More …

Alhandulillah aku dapat lagi bersua dengan Ramadhan...

Aku melihat kedamaian Ramadhan, aku menghayati pengisiannya, aku mencari keberkatan dan keredhaanNYA.


Ramadhan ini sungguh meriah. Yang menginsafi dan menghayati tidak henti-henti beribadat sehinggalah tidurnya mereka itu (mungkin cuma 2-3 jam). Tapi Ramadhan juga membuka pintu rezeki kepada banyak orang. Syukur Alhamdulillah jika rezeki itu diberkati. Dan ingatlah janganlah rezeki yang kita cari itu menjadi haran oleh kerana kita tidak beribadah.

Renungkanlah...

Wassalam...
Read More …