MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Aku minat dengan fotografi... emmm... Sekadar minat tanpa penghayatan takde maknanya jugak. Kena la menghayati.. baru ler setiap gambar yang diamek tu spesel...


Kenapa aku suka amek macam-macam gambar??? Gila ker??? Benda yang ntah apa-apa ntah, tu pun amek gak!!!


Sebenarnya, setakat untuk berteori takkan sampai kemana. Jadinya, kena la banyakkan latihan, penghayatan, eksperimen baru la ada kreativiti, taklah nanti orang tengok gambar yang kita amek tu sia-sia. Banyak lagi yang aku tak faham, yang aku tengah amek tahu dan belajar.


Ni ada satu artikel dari "OTAI" bab fotografi ni... aku pinjam artikel dia ni untuk kita hayati bersama...


ENJOY...


100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com 2008.



Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya ilmu fotografi.


Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable flash, kita masih kabur dengan monoblock flash,  patah lagi power pack flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous light seperti HMI Arri.


Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.


Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik… hanya satu dalam sejuta.


Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa ilmu penuh di dada.  Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita sentiasa memperbaiki diri.


Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.


Pesan ini untuk diri saya sendiri, kerana saya banyak mengajar. Supaya saya tidaklah merasa yang saya ini lebih pandai dari orang lain.


Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun untuk fotografi.

 

 

dari.HiRO.Hazznie




Berhubung melalui perbualan pada profil rangkaian, blog atau mana-mana tapak web peribadi!
Yahoo! membolehkan anda untuk IM dengan Pingbox. Cubalah ciri ini!
Read More …





















Apa itu fotoinspirasi?

fotoinspirasi adalah sebuah program photo talk istimewa yang akan membariskan 4 orang jurugambar tersohor tanahair dari 4 cabang fotografi yang utama. Jurugambar yang dimaksudkan ialah Din Arshad (Advertising Photography), Bustamam Mokhtar (Fashion Photography), Shamshahrin Shamsudin (Photojournalism) dan Ikram Ismail (Wedding Photography). Selain dari photo talk, program ini akan turut diisi dengan demonstrasi teknik fotografi oleh jurugambar profesional dan diikuti dengan sesi soal jawab dimana anda boleh bertanya soalan dan mendapat jawapan terus dari pakar dalam bidang masing-masing.

fotoinspirasi seperti tajuknya, bakal memberikan inspirasi kepada para peserta ke arah menjadi jurugambar sejati yang berjaya. Peserta juga akan  mendapat berbagai panduan, motivasi dan tips dari 4 orang panel profesional ini.

Tidak setakat itu, peserta juga berpeluang berjumpa secara berdepan dengan 4 orang ikon fotografi ini disamping dapat membina jaringan kenalan, baik untuk tujuan sosial, kerjaya mahupun perniagaan dengan peserta lain yang hadir.

Kesempatan untuk belajar dari keempat-empat jurugambar ini adalah satu peluang yang amat berharga. Program istimewa sebegini tidak mungkin diadakan selalu. Jika anda ingin membawa fotografi anda ke tahap yang lebih jauh, anda mesti hadiri program ini! Sila buat pendaftaran segera kerana tempat terhad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang telah membuat bayaran penuh sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila ke - http://fototeacher.com/fotoinspirasi.html

Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com

fotoinspirasi dibawakan khas untuk anda oleh fototeacher.com

Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kepada semua ahli ASFON Perak....


Berminat untuk join kursus ini? Kursus akan diadakan di Pulau Perhutanan Tasek Banding, Gerik pada 26 hingga 28 Disember, 2008. Bayaran cuma RM65.00 sahaja untuk ahli ASFON dan RM250.00 untuk bukan ahli.. murah beb.., semua tanggung beres.

Tempat terhad dan keutamaan mestilah ahli ASFON Perak.


Tarikh tamat daftar pada 18 Disember, 2008.. oleh itu daftar segera...


Untuk Maklumat Lanjut :
ANGKATAN SENIFOTO NEGERI PERAK
d/a Unit Tatatertib dan Kenaikan Pangkat, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-2442327 / 2228 Fax : 05-2540144

Read More …