MyePH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah posa g aku hari ni (InsyaALLAH penuh sebulan la cam tahun-tahun sebelum ni). Sebenarnya aku dah mula posa ni masa umur 5 tahun lagi. Tapi rasanya ada orang yang dah mula posa awal dari tu lagi. Masa kecik dulu ibadat posa ni yang seronoknya sebab nak sambut raya. Almaklumlah...budak kecik la kan... Lagi pulak tu raya dulu-dulu meriah la sangat (skang ni kurang sket la) walau pun purata orang bagi duit raya 2 kupang (20 sen). Masa tu memang la banyak... tapi skang ni bebudak nak duit kertas jer, yang besi tak nak, berat...

Apa pun aku posa dulu bukan la sebab ganjaran (banyak ibu bapa masa ni ganjarkan dengan RM bagi setiap hari puasa anak2 mereka) sebab mak abah aku tak penah nak janjikan apa-apa ganjaran pun...Ye la kan...masa tu kami ni miskin (skang ni pun lebih kurang la...tapi senang sikit la...)kalau dapat pun duit raya paling banyak pun 5 kupang (50 sen) jer, tu pun bukan ganjaran posa, cuma sebab mak abah nak sedekah kat kami.

Apa yang saya nak cakapkan dan syorkan disini sebenarnya adalah cara didikan dan asuhan orang tua dahulu terhadap apa jugak adalah berdasarkan keikhlasan. Sebab tu masalah sosial amat-amat jarang berlaku di zaman dulu. Kesedaran tu datang dari dalam diri kita sendiri bukan disebabkan ganjaran yang menanti. Ganjaran dunia bukanlah satu cara didikan yang baik, walaupun ada yang memberikan kesan yang positif. Namun adalahkah ianya untuk masa yang panjang???

Mungkin kita berfikiran bahawa apabila anak-anak kita membesar seiring dengan cara pemikiran mereka. Tapi dimanakah tahap pemikiran mereka? Adakah ditahap berganjaran dengan mengharapkan suatu yang dibuat itu akan mendapat balasan yang nyata iaitu secara serta merta atau dapat dinikmati didunia? Ataupun ditahap ikhlas iaitu semata-mata kerana ALLAH S.W.T???

Fikir-fikir la...Kita Diberi akal untuk berfikir...Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut akal insyaALLAH bahagian...

InsyaALLAH esok lusa raya la kita. Hari ni dah 29 Ramadhan 1429. Aku keje gak lagi (termasukla beberapa orang lagi kawan aku kat opis ni). Esok pun aku keje lagi (kalau tak raya lagi la...) Nasib baik la aku keje ni kat kampung halaman sendiri tak le sedih sangat cam orang yang diperantauan tuh...Apa pun sabo je le ye...

Wassalam....
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Kali ni saya nak berkongsi tentang sejenis ulam yang juga dikenali sebagai ‘RAJA ULAM’ iaitu PETAI. Mungkin ramai yang tidak menggemarinya sepertimana juga ramai yang amat menggemarinya (termasuk saya ler...feberet tu...) kerana rasa juga aroma yang terhasil di mulut apabila kita mengunyahnya (memang busuk pun). Tapi adakah setakat itu sahaja yang kita ketahui?? Adakah hanya kerana rasa kita menggemarinya?? Ataupun kerana bau ada yang menjauhinya??



Okeylah, kali ni saya ingin kongsikan dengan korang semua maklumat tentang PETAI ni. Mungkin artikel ni akan mengubah tanggapan korang pasal ‘RAJA ULAM’ ni, sama ada yang menggemari atau yang ‘berpantang jumpa’ dengannya (macam saya ni) ataupun yang tidak menyukainya.

Soo...yang menggemarinya inilah jawapan kepada rahsia kesihatan anda, dan kepada yang ‘ANTI’ tu...cuba-cuba la makan, insaALLAH korang suka penyelah. Lagipun baik untuk kesihatan korang gak...tak payah nak bazirkan duit untuk beli ubat-ubatan yang tak sedap tu.

PETAI SI RAJA ULAM

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Ciri fizikal
Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.


Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Sumber : Wikipedia

KENYATAAN DARIPADA PAKAR

Berikut adalah kenyataan dari pakar yang saya menyatakan tentang khasiat petai.

Petai[Also call Stinky Fruit-It smells like methane]

Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose - combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.
Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.
Anemia:
High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.
Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.
Brain Power:
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.
Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.
Morning Sickness:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.
Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.
Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system. Overweight Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.
Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and moothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.
Temperature control:
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In hoiland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.
Seasonal Affective Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.
Smoking:
petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.
Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.
Strokes:
According to research in "The New England Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%"
Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!
So, you see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away."
PM Dr. Aminuddin AHK
Dept.of Physiology
Medical faculty of UKM
Kuala Lumpur

Sumber : Answers Yahoo!

KESIMPULAN
Setiap yang ALLAH jadikan itu ada sebab musababnya, Cuma kita manusia yang tidak mengetauhi. Jangan la nak memburuk-buruk atau mempelece kejadian ALLAH itu yang kekadang pada pendapat dan pandangan kita tak sempurna, tak elok atau tak sesuai ataupun tak setaraf dengan hak kita, sebabnya ianya dijadikan di atas sebab keperluannya. Pandanglah dengan hati yang terbuka, berfikirlah dengan akal insyaALLAH kita akan bertemu dengan jawapannya.. INSYAALLAH…

Wassalam….
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang kuku jari yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…. Potong la kuku tu ye….

Janganlah ada niat untuk menyimpan kuku yang panjang walau 1mm atau pun hanya satu jari hatta pada jari kelingkin sekalipun. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alas an sekalipun kerana ianya tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya Islam apatah lagi tangan juga digunakan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung dan lain-lain lagi. Apa ilmu pun yang diajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak.

Percayalah wei….

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak Berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah… kalau hendak mencari pasangan dan mahukan anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. InsyaAllah.

Info tambahan…

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najir manusia iaitu E-Coli (sebutannya : e-kolai)

Kuman tersebut tidak akan hilang malaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali R.H. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Baginda berpesan kepada Saidina Ali R.H. iaitu kalau memaki cincin pakailah di jari :-

1) Jari manis
2) Jari kelingking (anak jari)

Dan jangan memakai pada jari :

1) Jari tengah
2) Jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.S.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki juga perempuan.

Sooo…nasihatkan la kengkawan, sedara mara, anak-anak atau sape-sape je la pasal kaedah yang betul untuk berhias mengikut syariat Islam, kang sia-sia je kita kena laknat dari Allah S.W.T. disebabkan kita yang tidak mengetahui. Nabi Muhammad S.A.W. pun pakai cincin, soo… kalau kita pakai cincin dengan niat mengikut sunnah senang-senang je dapat pahala.

Sooo…. Otak ada sendiri mau ingat la… Lu piker la sendiri…

Wassalam…
Read More …


Read More …


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh....
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, di sini saya mengambil kesempatan menghulurkan 10 jari memohon keampunan dan kemaafan dari semua sama ada yang mengenali diri atau pun yang tidak kenal juga yang tidak dikenali juga kepada yang ingin mengenali.... Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak, secara sengaja atau 'ter'... Semoga sudi-sudilah memberi kemaafan dan keampunan kepada diri saya ini... Disini juga saya sudi dengan teramat ikhlas hati memaafkan dan mengampunkan sebarang dosa dan kesalahan semua terhadap saya...
Semoga Aidilfitri membawa kemenangan dan seribu rahmat kepada semua...
Aminnnnn.............
Wassalam.....
Read More …

Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi diberi tanda sebagai bukti kenabian mereka, tanda-tanda yang ditunjukkan itu boleh menarik perhatian umat masing-masing supaya beriman dengan mereka. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh itu aku berharap, akulah yang paling ramai pengikut berbanding dengan mereka pada Hari Kiamat



















 [21] Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

(59)Al-Hasy-r - ayat 21

Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. Kita cuba renungkan perkara-perkara yang beliau senaraikan seperti dibawah :-

1. tidak sembahyang atau solat.

2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.

3. makan atas pinggan yang terbalik.

4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.

5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.

6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.

7. suka bersandar pada pintu rumah.

8. suka duduk di atas tangga.

9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.

10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.

11. tidak membersihkan rumah.

12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.

13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.

14. suka tidur di atas muka.

15. membakar kulit bawang.

16. menjahit baju yang sedang dipakai.

17. mengelap muka dengan baju.

18. berdiri sambil bercekak pinggang.

19. tidur tidak memakai baju.

20. makan sebelum mandi hadas.

21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.

23. lambat pulang dari masjid.

24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.

25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.

26. suka memadam pelita dengan nafas.

27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.

28. membasuh kaki dengan tangan kanan.

29. membuang air kecil pada air yang mengalir.

30. memakai seluar sambil berdiri.

31. memakai serban sambil duduk.

32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.

33. makan dengan menggunakan dua jari.

34. berjalan di antara kambing.

35. berjalan di antara dua perempuan.

36. suka mempermainkan janggut.

37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.

38. meletakkan tapak tangan pada hidung.

39. suka menggigit kuku dengan mulut.

40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.

41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.

42. menguap ketika solat.

43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Wassalam.....

Read More …


















Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

En. Azozoi (Joe @ Zulkifli Abd Malek) sudah tidak lagi bekerja di MDPH ni mulai 8 Sept. 08.

Beliau mendapat peluang pekerjaan dengan Jab. Pendidikan dan telah ditempatkan di salah sebuah sekolah di Perak ni...

sebenarnya tak jauh pun...kat Pengkalan Hulu jugak,,, Klian Intan jer... Tapi kehilangan beliau di pejabat ni tetap terasa (maklum la... kembar tak seiras saya).

Namun apa pun, kita doakan kejayaan beliau dan semoga beliau sentiasa diberkati amin...

Disini antara gambar-gambar beliau yang ada dalam simpanan saya...






Wassalam....
Read More …


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Read More …



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Kepada semua yang mengenali....

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Wassalam..............





Alamat E-mel baru yang tersedia pada Yahoo!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
Read More …