MyePH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Taknak tulis atau komen apa-apa pasal video ni... apa yang penting hangpa dengar baik-baik apa yang dia cakap, walaupun Bahasa Melayu dia "broken" tapi dia cuba terangkan dengan sebaik-baiknya.

Suka juga nak ingatkan, jangan nak bergantung sangat dengan terjemahan English sebab mungkin ada penyelewengan...

Wassalam...
Read More …


Aku ada baca blog dari seorang yang amat terpelajar dan memang dia layak untuk mengajar dan sememangnya dia mengajar orang yang mengajar. Jadi aku simpulkan dia ini adalah guru kepada guru.


Tapi tak dapat nak aku gambarkan tahap adap yang ada pada dia ini…mungkin juga aku salah tafsir…mungkin juga aku bukan pemikir yang mahir…mungkin juga aku bukan orang yang lahir untuk buah fikir…

Aku letakkan ayat dia itu disini untuk kita sama-sama renungkan…mungkin dia betul…tapi aku sekadar nak melahirkan rasa tersinggungnya aku terhadap renungan dia itu walaupun aku bukan dari kalangan yang tegurnya itu…

Ini ayat dia itu:

saya ckp masa taklimat sila bawa laptop dan broadband sendiri... saya TIADA cakap u all boleh guna wifi usm.. pelajar afliasi tidak dpt kemudahan pelajar usm, even nak mengundi MPP usm pun tidak layak. Fikirlah baik2.. student universiti biasa bayar beribu2.. siap pinjam PTPTN nak belajar, mak ayah cari duit sana sini... u all byr RM150 sahaja.. itupun nak mngeluh! cuba tukar attitude yer.. u all guna duit rakyat utk belajar.. duit rakyat dibayar sebanyak RM16k seorg utk membiayai pembelajaran u all.. takkan nak berkorban sikit pun tak boleh... frust saya baca sikap cikgu2 yg sebegini...

Kesimpulannya: Cikgu2 simpul la sendri...”

Jawapan AKU

“hahaha..mungkin cikgu-cikgu dah boleh simpulkan...namun ada juga pensyarah yang harus lebih bijak menyimpul..adakah dengan hanya mengajar sekali-dua sahaja dah memberi beban kepada cikgu-cikgu yang banyak komitmen mereka...adakah patut cikgu-cikgu memberikan komitmen yang lebih disini sehingga terabai tugas hakiki...pensyarah-pensyarah itu juga dibayar gaji mereka menggunakan wang rakyat yang dikontrakkan pada guru untuk mengakujanji..takkan nak sempurnakan KPI yang di'ISO'kan supaya melangsaikan semester ini dengan jayanya sehingga melupakan perit jerih cikgu-cikgu yang KPI utama pada murid mereka itu...

Oppsss...Pensyarah-pensyarah memang hebat...soalan yang senang itu pun takkan cikgu-cikgu tak jawab tak dapat...macam murid tahun 1,takkan tak boleh jawab 1+1 kan...agaknya kalau murid tu tak pernah diajar (informal @ formal) agaknya 1+1 susah @ senang...

Nak tegur pun jangan la nak mendayuskan orang lain...biarlah beradap...adap tu dari agama...adat pula dari orang tua...

sama-sama la kita renungkan dan simpul-simpulkan ye...”

Sekadar nak melepaskan geram…

Wassalam…
Read More …