MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terngiang-ngiang di telinga perihal perdebatan ala Parlimen yang berlangsung secara tak rasmi dan di kaki lima mahupun di kedai kopi yang menjadi tempat perhimpunan “ahli-ahli debat hebat” yang serba mengetahui yang terdiri dari berbelah pihak pro mahupun kontranya.

Perdebatan berlangsung dalam suasana sederhana tanpa ‘air-cond’ yang sekiranya perlu dapat menyejukkan suasana pabila kepanasan.

Persoalan masih berkisar semasa tentang negara dan negeri yang pada mereka juga tanggungjawab mereka untuk turut serta membahas dan menjadi tanggungngan mereka seolah-olah “Yang Mereka Lantik” itu belum sampai tujuannya. Wallahualam…

Sekali-sekala terdengar jugak la perihal tempatan, bak wartawan yang mencanang perkembangan semasa dengan suatu ulasan logic peribadi. Benar ke tak? Entah… yang penting bagi mereka dan mereka itu, mereka ada ‘point’ untuk itu. Wa’imal betul atau tak, bagi mereka itu hak mereka untuk berpendapat.

Wahai “ahli-ahli debat hebat” sedarlah bahawasanya sesuatu yang tidak benar itu adalah fitnah dan fitnah itu amatlah besar dosanya sepertimana suatu hadis Nabi S.A.W. yang diriwatakan oleh Abu Huraira r.a. bermaksud :-

“Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina” – Sahih Muslim : 129

Dan ingatlah juga wahai “ahli-ahli debat hebat” bahawasnya fitnah itu semata-mata kerosakan jugak yang dibawa bersamanya sepertimana firman Allah S.W.T. di dalam surat At-Taubah yang bermaksud :-

“Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim”(At-Taubah 47)

Selain itu, dalam Sahih Muslim juga dariwayatkan pula oleh Huzaifa r.a. katanya :-

“Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah.” – Sahih Muslim : 151

Ataupun sangkaan “para ahli-ahli debat hebat” itu memang betul dan tepat padat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai?

Sedarlah sekaliannya, wa’imal benar sekalipun bukanlah dihalalkan untuk didebat dan membuka pekung didada yang dikandang orang yang bersalah!! Umpatan juga tetap dilarang sepertimana firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Hujuraat yang bermaksud :-

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujuraat – 12)

Soo… marilah sama-sama kita renungkan bahawasanya tidak ada kebaikannya untuk berbuat macam tu. Apa faedah yang kita dapat sebenarnya? Adakah diri kita sendiri ini tergolong dalam orang-orang yang dijanjikan syurga sehingga tiada kesalahan yang kita lakukan??

Memang benar yang dikomen itu ada benarnya bersalah, tetapi bukan itu caranya kerana cara yang terbaik adalah menegur dengan cara yang peribadi dengan pesalah itu sendiri.

Ketahuilah wahai teman satu-satunya faedah yang kita dapat dari perbuatan fitnah dan umpat itu tidak lain dan tidak bukan ialah pekej penginapan daripada tujuh nerakan yang dijanjikan Allah S.W.T. kepada mereka-mereka yang berpaling dariNYA.

Wallahualam…Sama-sama lah kita fitnah dan mengumpat.

Wassalam…

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers