MyePH

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Al-Baqarah ayat 183

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Al-Baqarah ayat 184

 (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
Al-Baqarah ayat 185

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.
Al-Baqarah ayat 187
Read More …

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

- Surah Al-Baqarah
Ayat 183

Berpuasa kerana iman... Orang yang berpuasa tu orang yang beriman. Puasa tu apa? Tak makan tu puasa ke?

"Berpuasa adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar"

Tutup mulut daripada perkataan yang sia-sia, tutup mata daripada perkara yang mungkar dan maksiat, tutup telinga daripada yang melalikan, melangkah kearah kebaikan, perpegang kepada kebenaran, berfikir kearah keinsafan.

Sempurnakanlah Ramadhan ini... entah esok lusa adakah lagi Ramadhan untuk kita?

Salam Ramadhan untuk semua semoga Ramadhan tahun ini membawa barakah dan rahmat.
Read More …

Alhamdulillah sekarang ini telah ramai yang sedar tentang aurat dan yang amat membanggakan wanita-wanita Islam semakin ramai yang gemar bertudung.

Di Malaysia fenomena ini berlaku dengan bermulanya seorang artis (Wardina) membuat keputusan untuk mula bertudung. Disebabkan itu, bermulalah kisah fesyen-fesyen tudung bermula dengan 'Tudung Wardina' kemudiaannya 'Tudung Waheeda', 'Tudung Mawi' dan seterusnya.

Alhamdulillah imej artis-artis ini amat bersih dan sopan, juga cara berpaikaian mereka mengikut yang dituntut oleh syarak. Namun begitu masih ramai yang belum sedar bahawa, bertudung itu bukanlah bermaksud mereka telah menutup aurat sekiranya cara pakaian mereka masih belum memenuhi kehendak syarak.

Islam tidak melarang umatnya berfesyen, namun ianya harislah memenuhi kehendak dan tuntutan syarak.

Dari surah Al-A'raf ayat 26 Allah berfirman :

"Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik."

Di Malaysia sekarang ini sedang giat dilakukan kempen menutup aurat oelh Pihak Berkuasa Agama jadi saya lampirkan satu risalah untuk tatapan.
Read More …