MyePH

19 April adalah hari ulang tahun keputeraan Sultan Perak YAng Ke-34 iaitu Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah (keputeraan baginda adalah pada 19 April 1928). Justeru itu di sini saya tuliskan perihal baginda.

DAULAT TUANKU...

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH (1984 - SEKARANG)

Dengan kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah II pada 3 Februari 1984, Dewan Negara Perak telah bersidang dan bersetuju melantik Raja Muda Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-34. Baginda ditabalkan dengan penuh adat istiadat pada 9 Disember 1985 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan memakai gelaran Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Baginda diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, dan mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah. Kemudian baginda melanjutkan pendidikan di Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Baginda meneruskan pendidikannya dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, dan diterima sebagai ahli kepada Lincoln's Inn di London pada 23 November 1954.

Sekembali baginda ke tanah air pada tahun 1954, baginda berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dua tahun selepas itu, baginda menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Baginda berjawat sebagai Majistret Kelas Pertama (dari tahun 1955 ke 1957), Presiden Mahkamah Rendah (1957-1959), Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwaraya (1959), Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang (1959-1961), Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (1961-1962), Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1962-1963), Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1963-1965), Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (1965-1972), Hakim Mahkamah Persekutuan (1973-1978), Hakim Besar Malaya (1979-1982) dan akhirnya menjadi Ketua Hakim Negara mulai tahun 1982 sehinggalah baginda menjadi Sultan Perak pada tahun 1984. Ketika berusia 37 tahun, baginda merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang paling muda di mana-mana Negara Komanwel dilantik untuk memegang jawatan itu. Di samping itu, baginda pernah berkhidmat dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dari 1966 ke 1980.

Baginda memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan pula. Baginda pernah menjadi Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (1971-1986), Pengerusi Majlis Penasihat Pengajian Tinggi (1974-1976) dan Canselor Universiti Malaya (sejak 1986). Di atas sumbangan baginda dalam bidang pendidikan, baginda telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari University of Singapore pada tahun 1972, Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan dari Universiti Malaya pada 1979, Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Sains Malaysia pada 1980, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari 'alma mater' baginda, University of Nottingham pada 1986, Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari Universitas Gadjahmada Yokyakarta pada 1990, Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Brunei Negara Darussalam pada 1990 dan Ijazah Doktor Kehoramt Undang-undang dari University of Cambodia pada 1990.


Paduka Seri Sultan Azlan Shah & Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun sebagai Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong

Ketika remaja, baginda merupakan seorang ahli sukan, dan berminat bermain hoki. Baginda telah memainkan peranan dalam kemajuan sukan hoki melalui kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Hoki Malaysia dari 1981 ke 2002.

Antara Darjah-Darjah Kebesaran yang telah dikurniakan kepada baginda atas jasa dan khidmat baginda semasa dalam perkhidmatan awam termasuk Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.), Seri Paduka Cura Si Manja Kini Perak (S.P.C.M.), Panglima Mangku Negara (P.M.N.), Panglima Setia Mahkota Malaysia (P.S.M.), Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.), dan Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.). Selepas menjadi Sultan Perak, baginda juga dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) dan Darjah-Darjah Kerabat daripada Kelantan, Terengganu, Perlis, Johor, Selangor, Kedah, Brunei, Negeri Sembilan serta Pahang. Apabila dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesembilan, baginda telah dikurniakan Darjah Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.). Baginda juga dianugerahkan Darjah Kebesaran Kehormat Knight Grand Cross of the Order of the Bath (G.C.B.) oleh Baginda Queen Elizabeth, Ratu United Kingdom pada bulan Oktober 1989.

Baginda adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Malaysia.

Dalam proses menaiki takhta kerajaan Negeri Perak, pada tahun 1962, ketika berusia 34 tahun, baginda diangkat menjadi Raja Kecil Bongsu. Pada tahun 1963, baginda dinaikkan pangkat menjadi Raja Kecil Tengah, kemudian menjadi Raja Kecil Sulung dan beberapa bulan sahaja ke pangkat Raja Kecil Besar pada tahun 1978. Pada tahun 1983, Raja Muda Raja Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah mangkat, dan baginda telah dipilih oleh Dewan Negara Perak menjadi Raja Muda. Baginda merupakan penyandang jawatan Raja Muda yang paling singkat kerana dilantik menjadi Sultan Perak dalam tempoh lebih kurang lapan bulan sahaja.

Pada tahun 1984, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan akhirnya menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1989 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada bulan April 1994. Semasa menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, putera sulung baginda yang bergelar Raja Muda diangkat menjadi Pemangku Raja sehingga 1994 apabila baginda berangkat balik ke Perak menyambungkan pemerintahan baginda sebagai Sultan, Raja Pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Keluarga Diraja

Hasil perkongsian hidup dengan Raja Permaisuri Tuanku Bainun binti Mohd. Ali sejak 1955, baginda dikurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Raja Nazrin Shah, putera sulung baginda, telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1987, manakala Raja Ashman Shah telah dijadikan Raja Kecil Tengah pada 1998. Puteri-puteri baginda ialah Raja Azureen, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
**Sumber Portal Raja Kita : http://rajakita.perak.gov.my/
Read More …

Assalamualaikum semua.

 

Yang dulu tu istilah fotografi kan??? Kali ni aku nak bagi korang faham sikit-sikit le pasal videografi pulak. Kalau korang peminat dan ada camcorder sendiri ni la 7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Videografi Perkahwinan. (Sebab aku slalu gak ambik gambar orang kahwin ni)


1) Kamera digital dan analog

Pada ketika ini, kamera video analog amat kurang sekali digunakan. Ini kerana kamera video digital mampu menghasilkan gambar yang jauh lebih baik, harga yang mampu dimiliki dan memudahkan aliran kerja terutamanya untuk proses suntingan digital. Secara umumnya, penggunaan kamera digital membolehkan jurukamera menghasilkan video perkahwinan yang lebih berkualiti dengan kos yang lebih rendah.

 

2) Format video

Format video merujuk kepada jenis kamera dan jenis pita video. Terdapat berbagai jenis format video yang digunakan dan setiap satunya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Format video yang paling popular yang digunakan untuk merakam gambar perkahwinan adalah format mini DV. Ianya tergolong dalam format digital. Pita mini DV ini bersaiz kecil ( lebih kecil dari kotak rokok ), tidak mahal dan mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lain-lain format digital yang ada digunakan adalah Digital 8, DVCAM, DVC Pro dan lain-lain lagi.

 

3) 'Master tape'

' Master tape' bermaksud pita asal yang digunakan untuk merakam gambar video. Selepas rakaman selesai dibuat, pita ini akan disunting dahulu sebelum dijadikan VCD atau DVD untuk ditonton oleh pelanggan. Ini bermaksud, 'master tape' mengandungi imej video yang tidak disunting. Walaupun tidak disunting, kualiti gambarnya adalah lebih baik dari VCD atau DVD yang sebenarnya merupakan salinan dari pita asal

 

4) Suntingan video

Suntingan video adalah merupakan satu proses dalam 'post production', iaitu satu proses yang terlibat selepas tamat sesuatu penggambaran. Biasanya, kerja yang terlibat dalam proses suntingan digital adalah seperti berikut:

a) 'Digitizing' - memindahkan imej video dari pita ke dalam cakera keras komputer.

b) Offline editing - memotong keluar babak video yang tidak menarik dan menyusun semula setiap babak video mengikut kesinambungannya.

c) Online editing - memasukkan tajuk video, muzik latarbelakang dan kesan khas. Setelah suntingan siap dilakukan di dalam komputer, imej video ini akan dipindah keluar ke dalam bentuk VCD atau DVD.

 

5) Montaj video

Montaj video biasanya dimasukkan pada awal sesuatu persembahan video. Montaj video ini adalah ringkasan kepada keseluruhan video yang biasanya mengambil masa sekitar 5 minit. Berbagai teknik dan kesan khas yang menarik akan digunakan secara kreatif dalam montaj video ini.

 

6) VCD & DVD

Gambar video yang telah disunting biasanya akan dipindahkan ke dalam bentuk VCD atau DVD. Seperti yang anda sedia maklum, format DVD boleh menghasilkan gambar yang jauh lebih baik dari VCD. Pada ketika ini, video perkahwinan dihasilkan dalam format DVD secara meluas kerana kualitinya yang baik dan kosnya yang semakin murah.

 

7) 'Multi Camera Production'

'Multi Camera Production' adalah satu produksi video dimana lebih dari satu kamera video digunakan secara serentak dan kesemuanya dihubungkan kepada satu pusat kawalan. Imej terbaik dari salah satu kamera ini akan dipilih silih berganti. Ini menghasilkan gambar video terus menerus tanpa potongan dengan sudut rakaman yang berbeza. Biasanya, imej video dari kamera yang terpilih akan disiarkan terus ke skrin projektor. Khidmat 'Multi Camera Production' semakin popular sekarang  terutamanya untuk majlis yang diadakan di hotel kerana ianya dapat menjadikan sesuatu majlis itu kelihatan lebih gemilang.

 

Harap artikel ini dapat membantu korang sume untuk lebih memahami mengenai fotografi dan video grafi untuk majlis perkahwinan.

 

Nak tau mana aku dapat artikel ni??? Nanti aku bagi tau kat korang ye… tungguuuuu…

 

Wassalam…



Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
Read More …

Tadi aku bagi topik yang serius kat korang. Sekarang ni plak aku nak korang renung-renungkan kekuatan yang ada untuk membenteras kegiatan jenayah kat sini. Contohnya mat rempit dan pelumba-pelumba haram kat Malaysia ni...





Jadi kawan-kawan semua... kalau polis kita takde kenderaan yang macam ni... kita kena le tolong untuk membenteras jenayah bersama-sama pihak polis.

Wassalam...
Read More …

Assalamulaiakum...

 

Sering diajukan persoalan kepada si jejaka juga si gadis malah si janda dan duda, "Bila nak kawin? Dah ada calon ke belum?". Namun persoalannya adakah kita sedar hal yang sebenarnya disebalik semua ini? jesteru itu mari kita berfikir sejenak dan rungkaikan kebenarannya.

 

Aku cuba mendalami pengertiannya dari pelbagai sudut, pun begitu... kalau tersalah-silap harap ditegur la ye. Almaklum le, manusia biasa je aku ni pun... kesilapan sering terjadi. Teguran dan komen korang semua amatlah bermakna.

 

Erti Pernikahan

 

Kelahiran, pernikahan dan kematian. Demikian pusingan kehidupan yang sering digambarkan oleh kebanyakan manusia. Pernikahan menjadi sesuatu yang bersejarah dan penuh erti. Apa erti pernikahan bagi manusia?


Menikah bagi sebahagian manusia adalah beban. Kerana bererti harus bersiap berkongsi hidup dengan orang lain, juga harus memiliki keturunan. Bagi kebanyakan orang di Barat, menikah bukanlah sesuatu yang penting lagi. Menikah sangatlah menyusahkan. Harus memiliki anak dan sebagainya. Mereka lebih memilih untuk tidak menikah. Untuk apa menikah bila harus terikat, dan tidak boleh bebas menyalurkan keinginan seksualnya dengan siapa saja. Memiliki anak pun dianggap beban. Bahkan orang-orang di Jepun membuat perhitungan yang rumit tentang biaya pendidikan bila sampai memiliki anak. Stres. Di Jerman, pemerintah menawarkan pembiayaan bagi mereka yang mau melahirkan dan membesarkan anak-anaknya.


Menikah bagi sebahagian manusia adalah syarat untuk 'melegalkan' asmara. Sudah sekian tahun berpacaran dan berkenalan. Lantas apalagi yang ditunggu? Daripada berzina. Menikah diertikan sebagai penyatuan cinta semata. Lebih dari itu tidak. Anak yang kelak akan dilahirkan, dirancang hanya dalam masalah pendidikan saja.
Bahkan atas nama cinta pula, bila cinta sudah luntur dan hambar, maka perceraian mudah berlaku.

 

Menikah bagi sebahagian manusia, adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya. Menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Menikah adalah bahagian dari idealismenya untuk memakmurkan bumi dengan keturunan yang dapat menegakkan kalimah Tuhannya. Keturunan yang soleh, akan membawa kedua orang tuanya menuju surga yang luasnya seluas langit dan bumi. Pernikahan orang-orang ini, sangat baik. Menikah dengan pendamping yang juga soleh adalah harapan untuk dapat saling mengukuhkan di tengah peperangan antara yang haq dan yang batil. Maka tidak bisa tidak, syarat pendamping yang haraki dan se-fikrah seakan menjadi wajib hukumnya bagi mereka.

 
Pernikahan Atas Nama Cinta?

 

Sebahagian manusia ingin menikah kerana cinta yang memabukkan. Tak sabar ingin memadu cinta. Larangan Tuhannya diketepikan. Pacaran menjadi halal. Siang dan malam yang terbayang hanyalah wajah si dia. Lagu-lagu cinta menjadi alunan indah dari hati yang merindu. Bila si kekasih dekat, ia takut berpisah. Bila si kekasih berjauhan, hatinya resah gelisah menahan kerinduan. Lalainya hati kerana disibukkan oleh selain-Nya adalah kesengsaraan dan kerugian yang tidak hanya di dunia, bahkan juga di akhirat.


Menikah adalah saat yang dinanti. Didamba. Seakan-akan, menikah adalah destinasi akhir dari kisah percintaan. Dunia penuh dengan hingar-bingar cinta nafsu yang memang digembar-gemburkan oleh media-media. Lagu, sinetron, filem, semuanya atas nama cinta. Cinta nafsu. Thaghut baru.


Sebahagian orang mengatakan bahawa menikahi si kekasih adalah karena cintanya kepada Allah Subhanahuwata'ala. Apakah benar cinta kerana Allah Subhanahuwata'ala? Kerana jika saja cinta itu benar kerana Allah Subhanahuwata'ala, nescaya akan membawa diri semakin dekat kepada-Nya. Maka patut dipersoalkan cintanya itu, apakah benar kerana Allah Subhanahuwata'ala atau hawa nafsu semata?


Cinta.

 

Meminta dan memberi cinta dari dan kepada yang belum berhak. Alangkah malunya hati bila memberikan cinta pada yang tidak berhak. Tiadalah berhak memberikannya, kerana sudah ada pemiliknya, meski belum tahu siapakah pemilik jiwa itu. Kerana pasangan jiwa adalah rahsia Allah. "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)." (Al Baqarah : 165)


Mereka Menjemput Kematian.

 

Pernikahan sinonim dengan kebahagiaan, sedang kematian, sinonim dengan kesedihan. Tetapi tidak selamanya demikian. Mungkin juga, kematian lebih membahagiakan dibandingkan dengan pernikahan. Dan sementara sebahagian orang mengejar cinta dan disibukkan angan-angan akan pernikahan dengan si kekasih, para pejuang justru sibuk menggadaikan seluruh yang mereka miliki, termasuk pernikahannya demi sebuah perniagaan yang balasannya adalah syurga.

 

Zahid. 35 th. Sahabat Rasulullah SAW ini akan menikah dengan wanita yang solehah, sangat cantik dan terhormat. Ia tengah mempersiapkan pernikahannya. Panggilan jihad berkumandang. Para sahabat menyarankan kepadanya untuk tidak ikut berjihad, kerana ia akan berbulan madu. Tetapi apa jawaban si pejuang ini? Zaid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!" Lalu Zahid membacakan ayat, "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). " (At-Taubah : 24). Dan majulah Zahid ke medan pertempuran, menggapai syahid.


Abdurrahman bin Abu Bakar. Menikah dengan 'Atikah. Ia sangat mencintai isterinya kerana agama dan akhlaknya. Yang kerana kecintaannya itu, membuatkan Abdurrahman tidak lekang di rumah dan beberapa kali tidak solat berjamaah di masjid. Mengetahui hal ini, Abu Bakar menyuruhnya menceraikan saja isterinya itu. Dan Abdurrahman bersyair dengan sedih untuk isterinya, "Demi Allah tidaklah aku melupakanmu walau matahari kan terbit meninggi dan tidaklah terurai air mata merpati itu kecuali berbagi hati. Tidak pernah kudapatkan orang sepertiku mentalak orang seperti dia, dan tidaklah orang seperti dia ditalak kerana dosanya. Dia berakhlak mulia, beragama dan bernabikan Muhammad. Berbudi pekerti tinggi bersifat pemalu dan halus tutur katanya.."


Namun cinta yang mendalam kepada 'Atikah tidak menghalangnya untuk memenuhi panggilan Allah dikala jihad dikumandangkan. Ada cinta di atas cinta. Ia tinggalkan isterinya dan berjuang hingga syahid. Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.


Hanzolah. Sahabat Rasulullah SAW. Pengantin baru. Malam pertama. Panggilan jihad berkumandang. Dan ia memenuhi panggilan itu sehingga syahid, dalam keadaan masih junub. Dimandikan oleh para malaikat. Diabadikan dalam catatan sejarah kafilah para syuhada.


Mereka Yang Dijemput Kematian


Menikah. Begitu banyak harapan yang manusia inginkan pada calon pasangannya. Harus begini dan begitu. Sebagai tanda berhati-hati dalam memilih. Namun janganlah bergantung pada manusia. Kerana manusia tetaplah manusia, yang jiwanya ada dalam genggaman-Nya.


Seorang ikhwan berta'aruf dengan seorang akhwat. Hari pernikahan sudah ditentukan. Kala si akhwat sibuk membeli pakaian pernikahan bersama calon mertuanya, kenderaan mereka kemalangan. Si akhwat meninggal dengan wajah yang hancur. Si calon suami melepas kepergiannya di pemakaman dengan kesedihan yang mendalam. Ia berjanji tidak akan menikah, kecuali sampai tiga tahun lagi kerana sangat sulit baginya untuk melupakan calon isteri. Masih sering teringat di benaknya ketika mereka berta'aruf, yang tentunya tidak berduaan, melainkan ditemani oleh teman-teman akhwat yang lainnya, beramai-ramai.


Kisah yang tak jauh berbeza. Ikhwan dan akhwat yang baru saja diijab qabulkan. Dalam resepsi pernikahan, si akhwat meninggal dunia kerana memang tengah sakit. Suaminya sangat berduka. Pun banyak kisah-kisah ikhwah yang kematian menjemput dikala pernikahan sudah tinggal hitungan hari.

 
Penutup

Banyak manusia yang berangan berhasrat dengan cinta yang memenuhi segenap jiwa, dan hari-harinya disibukkan oleh kekasih, hingga lalai pada Allah Subhanahuwata'ala, tetapi laa haula wala quwwata illa billah., ternyata didahului takdir dan kematian merenggut nyawa.

 
Pernikahan menjadi saat yang paling dinanti oleh kebanyakan manusia di dunia dan semua orang seakan berlumba mengagungkan cinta. Tetapi di antara manusia-manusia itu, masih ada orang-orang yang rela meninggalkan apa yang didamba oleh kebanyakan manusia, demi sebuah cinta sejati dan kerinduan akan kehidupan yang abadi.

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!(28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.(29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!(30)" (Al-Fajr : 27-30).

Renung-renungkanlah ye... Wassalam...



Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/
Read More …

Assalamualaikum... Selalu asyik celoteh je ye??? Emmm kali ni nak bagi korang sikit mutiara kata (pengajaran) dari imam besar kita iaitu Imam Al-Ghazali. kira-kiranya macam ni la....

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua "
Murid 2 = "Guru
Murid 3 = "Teman "
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Negeri Cina "
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari "
Murid 4 = "Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = "Gunung "
Murid 2 = "Matahari "
Murid 3 = "Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali =
"Apa yang paling berat didunia ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah "
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"

Murid 2 = "Angin "
Murid 3 = "Debu "
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


Read More …

Assalamualaikum... kali ni aku bagi sedikit ilmu untuk korang (sape yang nak tau @ yang minat la). Sebenarnya ni adalah perkara asas yang korang patut tau kalau korang minat sangat dengan fotografi ni

"7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Fotografi"

1) 'Photographer' atau 'cameraman' - Sebenarnya, perkataan 'photographer' dan 'cameraman' merujuk kepadadua kerjaya yang berbeza. 'Photographer' atau jurugambar adalah orang yang merakam gambar foto. Manakala 'cameraman' atau jurukamera adalah orang yang merakam gambar video. Jadi, gunakan istilah yang betul agar tidak timbul kekeliruan dalam komunikasi anda.

2) Fotografi digital & analog - Fotografi digital menggunakan kaedah merakam gambar foto tanpa menggunakan filem. Fotografi analog pula memerlukan filem sebagai alat untuk merakam gambar. Penggunaan kamera digital amat meluaspada masa kini kerana ianya amat memudahkan kerja jurugambar, sekaligus membantu jurugambar merakam gambar dengan lebih baik. Sekiranya gambar anda dirakam dengan kamera analog, anda perlukan negatif untuk membuat cetakan gambar. Namun, jika kamera digital digunakan, anda perlukan fail 'jpeg' atau lain-lain fail imej untuk membolehkan gambar itu dicetak. Fail gambar ini biasanya disimpan di dalam CD. Gambar dari kamera digital hanya boleh dicetak dikedai gambar digital.

3) 'Photojournalistic style' & gaya fotografi tradisional - Rakaman gambar perkahwinan dengan pendekatan 'photojournalist' semakin diminati ketika ini. Gaya fotografi ini memperlihatkan banyak rakaman gambar kandid dengan aksi bersahaja. Setiap perkara akan dirakamkan seperti mana ianya berlaku tanpa arahan dari jurugambar. Antara teknik yang digunakan adalah penggunaan cahaya semulajadi yang membuatkan sesuatu gambar itu lebih realistik. Gayafotografi tradisional pula adalah pendekatan rakaman gambar yang lebih tertumpu kepada rakaman potret pasangan pengantin dan perkara lain yang berkaitan secara terus dengan sesuatu majlis perkahwinan. Namun, selain dari gaya yang disebutkan, terdapat banyak lagi pecahan gaya lain dalam rakaman gambar perkahwinan.

4) Album 'sticky', poket dan eksklusif - Album 'sticky' adalah album dimana kita boleh melekatkan gambar diatas mukasuratnya dan kemudian gambar tersebut akan dilitupi oleh helaian plastik nipis. Album poket atau 'slip-in' pula adalah album yang sudah siap mempunyai ruang berpoket untuk kita menyisip gambar ke dalamnya. Kini, dengan perkembangan teknologi fotografi digital, sejenis lagi album gambar telah diperkenalkan. Album gambar ini mampu mempersembahkan gambar foto dengan cara yang sangat menarik. Album gambar ini dikenali dengan beberapa nama seperti 'exclusivealbum', 'digital album', 'special album', 'storyboard album' dan sebagainya. Secara umumnya, album ini bersaiz 8 X 10 inci atau lebih besar. Gambar-gambar di dalamnya akan disusun atur dengan saiz dan kesan khas yang pelbagai.

5) Saiz gambar - Terdapat berbagai saiz gambar yang biasa digunakan. Gambar 3R bersaiz 3 X 5 inci adalah satu saiz yang popular satu masa dulu, kini digantikan dengan saiz 4R iaitu 4 X 6 inci. Gambar saiz ini biasanya sesuai dimuatkan ke dalam album. Untuk saiz yang lebih besar yang sesuai dipaparkan dalam bingkai untuk hiasan meja adalah 5R ( 5 X 7 inci ) dan 8R ( 8 X 10 inci ). Gambar yang lebih besar dan sesuai untuk bingkai hiasan dinding adalah saiz 11R ( 11 X 14 inci ) atau 16R ( 16 X 20 inci ). Anda juga boleh cuba membesarkan gambar dengan saiz 'panoramic' atau 'square' untuk mendapatkan kelainan pada paparan gambar anda. Satu perkara penting yang harus diingat sebelum membesarkan gambar ialah, anda perlu pastikan yang gambar tersebut benar-benar tajam dan beresolusi tinggi. Jika tidak, gambar tersebut akan kelihatan kabur setelah dibesarkan.

6) Pembantu jurugambar - Ada jurugambar yang menggunakan pembantu jurugambar apabila melakukan tugasan merakam gambar perkahwinan. Pembantu jurugambar penting untuk membolehkan jurugambar bekerja dengan lebih efisyen. Jurugambar akan memberi sepenuh tumpuan kepada aspek artistik sesuatu subjek, manakala pembantu jurugambar akan membantu dariaspek teknikal. Namun, cara kerja ini melibatkan kos tambahan pada harga perkhidmatan fotografi yang diberikan.

7) Gambar hitam putih dan sepia - Gambar hitam putih dan sepia ( warna coklat ) kini semakin diminati. Ianya memberikan sentuhan klasik atau nostalgia pada sesebuah gambar. Namun, kebanyakan gambar hitam putih atau sepia ketika ini tidak melalui proses yang tulen sebagaimana gambar hitamputih yang sebenarnya. Ini kerana, kos untuk menghasilkan gambar hitam putih yang tulen adalah lebih tinggi dari kos untuk menghasilkan gambar warna. Gambar hitam putih yang asli dihasilkan dengan merakam gambar menggunakan filem hitam putih dan dicetak diatas kertas hitam putih juga. Tona gambarnya lebih baik dan ianya tahan lebih lama. Kebanyakan gambar hitam putih sekarang ini dihasilkan dengan merakam gambar dengan kamera digital. Kemudian, gambar tersebut diubahsuai menjadi hitam putih di dalam komputer dan seterusnya dicetak seperti biasa.

Harap artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Read More …

emmmm... cute ker??? cute ye??? O.K. lah tengok le puas2 ye....









Apesal ler bebudak ni cute sangat ye??? emmmm....


aku amik ni kat internet jer... kalau aku yang amik foto-foto sume ni, terer la aku ek....





Anak sape le ek???







Rasa sejuk hati kan bila tengok bebudak ni...
Read More …