MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
 
Hari ini hari terakhir Ramadhan dan berakhirnya ibadah puasa kita pada hari ini dan esoknya lebaran bakal menjelma. Terasa sedikit hiba, terasa cepat pula Ramadhan berlalu, seolah-olah cemburu dengan amal dan ibadah yang dikerjakan orang Islam seluruhnya. Dapatkah bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya… pastinya 11 bulan lagi perlu menanti…
 
Namun lebaran semestinya dirai dengan meriah… tanda kesyukuran dan kemenangan melawan musuh iaitu syaitan yang dilaknat dan hawa nafsu.
 
Pagi Syawal tiba dengan suasana yang sayu dengan suara takbir yang kedengan memuji-muji nama Allah s.w.t. anak-anak kecil keriangan bersiap-sedia dengan baju baru… kaum wanita pula sibuk mengemas dan menyediakan sajian untuk tetamu yang datang bertandang…
 
Tiba pula saat yang paling syahdu… anak-cucu berbaris dan bersalaman dengan orang tua seterusnya isteri menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari suami dan begitu pula seterusnya oleh suami saling memohon kemaafan dan keampunan serta saling menghalalkan antara satu sama lain. Beginilah tradisi pagi Syawal sambil bercucuran air mata dan suara tangis mengiringi dan membelah hening pagi didalam rumah. Sesungguhnya, yang mengalir itu adalah air mata keinsafan dari hati yang telah disucikan di bulan Ramadhan.
 
Dan ketahuilah bahawasanya air mata itulah, air yang benar-benar menyucikan…
 
Menurut  Ibnu Qayyim terdapt 10 Jenis Tangisan :-

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
 
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan   menangis."(An-Najm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.
 
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?
 
Tangis tercela atau terpuji ??
 
Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah s.w.t.
 
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
 
Rasulullah saw bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
 
Air mata taubat Nabi Adam a.s.
 
Baginda menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.
 
Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini."
 
Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." 
 
Air mata yang tiada di tuntut
 
:: Janganlah menangis jika cita-cita tidak tercapai, bukankah Allah yang telah menentukannya;
:: Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan;
:: Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kerana kita kurang membuat persediaan;
:: Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan;
:: Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat kerana yakinilah,bahawa  rezki itu adalah pemberian dan ketentuan Allah.
 
Dari itu??.. Simpanlah air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik-titik hitam yang telah menghitamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat keampunan-Nya jua…Amin…
 
Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah s.w.t. dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."
 
Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari Qiamat:
"Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
 
Sama-samalah kita renunginya…
 
Wassalam…
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam seluruhnya dengan hati yang tulus ikhlas.


Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Buat semua yang mengenali diri ini saya ucapkan :-
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Maaf Zahir & Batin
 
Semoga lebaran ini member seribu rahmat dan kegembiraan buat semua. Raikanlah kemenangan dengan penuh kesyukuran.
 
Yang ikhlas : HiRO


Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
Read More …

Assalamualaikum…
 
Kali ni saya ada satu pengumuman penting iaitu jemputan untuk semua bekas pelajar SMKTS (Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan).
 
Semua bekas pelajar SMKTS dijemput untuk ke MAJLIS REUNION BEKAS-BEKAS PELAJAR  SMKTS seperti berikut:-
 
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Tarikh    :  19 Oktober, 2007 (Jumaat)
Masa      :  3:00 petang
Tempat  :  Chalet Air Panas,
                   33100 Pengkalan Hulu, Perak, MY.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
 
Jadi… Sape-sape yang dah rindu sangat nak jumpa dengan kawan-kawan lama yang entah kat mana,,, kerja apa,,, anak dah banyak mana,,, makin lawa ke makin hensem ke,,, atau apa-apa saja le pasal kawan-kawan kita,,,  Jomla,,, meh ler ramai-ramai pakat datang ke majlis reunion ni…
 
Diharap majlis yang bakal di anjurkan ni mendapat sambutan meriah dari semua yang pernah mengaji kat SMKTS.
 
SELAMAT DATANG & SELAMAT BERJUMPA KEMBALI
 
Wassalam….


Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

 

Masih lagi di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan maghfirah. Setiap amalan orang mukmin itu akan digandakan pahalanya berbanding bulan-bulan lain.

 

Doapula adalah senjata bagi orang-orang mukmin, oleh sebab itu hendaklah kita berdoa selalu kerana orang yang tidak berdoa adalah orang yang sobong. Pun begitu, mengapa yang kita pohon seolah-olah tidak dikabulkan?? Cuba kita congak kembali segala-galanya tentang diri kita.

 

10 SEBAB DOA TERTOLAK.


Ketika Ibrahim bin Khadam ( seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka, ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :

PERTAMA

Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.

 

KEDUA

Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

 

KETIGA

Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

 

KEEMPAT

Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

 

KELIMA

Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.

 

KEENAM

Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

 

KETUJUH

Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

 

KELAPAN

kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

 

KESEMBILAN

Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

 

KESEPULUH

Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.



Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
Read More …