Nabi s.a.w bersabda dari Abi Hurairah: "Tujuh golongan yang Allah Naungi pada hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (di antaranya) dan lelaki yang diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kepada Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dengan batu besar. Salah seorang bertawassul dengan amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yang amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan .
Suatu hari dia dalam kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yang diminta dan memberinya dengan syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dalam keadaan terpaksa.
Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dengan pernikahan.
"Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini." Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dengan pemuda yang tidak mengikut keinginan hawa nafsunya." (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yang cantik dan sangat kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yang sangat lawa; lalu terpikat dan sangat cinta kepada wanita itu.
Wanita itu juga terpikat dengan pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dengan sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu.
Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa denganmu. Lalu si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih salah satu dari 2 pilihan ini. (ayat Quran) aku takut azab pada hari kiamat yang agung sekiranya aku membuat maksiat kepada tuhanku."(15: Al-An'am) aku takut api neraka yang tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya.
"Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama." Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh-sungguh.
Walaupun begitu cinta wanita itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dalam keadaan yang amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dengan keadaanmu dan apa yang kamu buat setelah kematianku." Dan wanita itu mendendangkan satu rangkap syair:
"Sebaik-baik cinta wahai permintaanku adalah cinta kepadamu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan" Lelaki itu bertanya "Apa yang engkau dapat sekarang?" Wanita itu menjawab:
"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah"
Lelaki itu berkata "Ingatlah aku di sana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kepada Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatku.
"Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh berjumpa dengan mu?" Wanita itu menjawab "Engkau bertemu dengan ku tidak lama lagi." Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.
Marilah kita bersama-sama meninggalkan hubungan cinta melainkan setelah kita berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan wujudkan hubungan Allah dengan intim.
Wallahua'lam
-khalifah
Categories:
Tazkirah
Catat Ulasan