i) I-Tsing merupakan seorang sami Buddha yang menggunakan perkataan Molayu apabila bercerita tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara.Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.
Seorang ahli pengkaji pra sejarah yang bernama R.H . Geldern mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui disekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze. Kapak tersebut didapati serupa dengan kapak tua yang ada di Nusantara. Beliau menyifatkan beliung itu dibawa oleh masyarakat di Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.
Harun Aminurrashid berpendapat perkataan Melayu berasal daripada istilah Sanskrit, Malaya atau Tamil, iaitu ‘Malai’ yang bererti bukit atau tanah tinggi. Berlainan pula halnya dengan orang Portugis yang menyebut ‘Malayu’.
Menurut Werndly, perkataan Melayu berasal daripada perkataan Melaju iaitu dari perkataan kata dasar laju yang diertikan sebagai cepat, deras, dan tangkas yang membawa maksud orang melayu bersifat tangkas, cerdas, cepat dan deras.
Bangsa yang terawal menduduki negara ini merupakan bangsa yang melahirkan orang asli di Semenanjung, papua New Guinea dan Australia. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu-Proto. Mereka datang pada tahun 2500 sebelum Masihi(SM) mengembara ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Golongan ini juga dikenali sebagai Indo-Melayu. Golongan ini menggunakan Gua Cha (Kelantan) dan Gua Niah (Sarawak).
Golongan kedua adalah dari Yunan datang pada tahun 1500 SM, dengan membawa bersama budaya yang lebih tinggi serta menduduki daerah-daerah subur di persisiran pantai dan kuala sungai. Kumpulan ini dikenali sebagai Melayu Deutro. Kumpulan ini membawa tamadun yang lebih maju daripada kumpulan Melayu Proto.
Teori Gelombang dikaitkan dengan Kumpulan Melayu Proto kerana mereka mahir dalam bidang pelayaran dan pengembaraan mereka ke serata Asia Tenggara iaitu pada zaman logam. Ini menyebabkan golongan Melayu-Proto lari ke kawasan-kawasan lain seperti ke hutan belantara, lembah dan kawasan gunung. Golongan Melayu Deutro ini juga mahir dalam ilmu pelayaran dan mereka belayar ke pulau-pulau di seluruh kepulauan melayu dan membuka penempatan yang menyebabkan perkembangan bangsa Indonesia dan bangsa Melayu hingga kini. Lama-kelaamaan bangsa ini semakin maju dan kehidupan bermasyarakat mereka semakin berkembang.
Kumpulan Melayu-Proto dan Melayu Deutro dikenali sebagai Austronesia. Oleh sebab, kawasan yang didatangi luas dan terpisah-pisah maka berkembang pelbagai bahasa di daerah masing-masing seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Ditulis oleh Puan Maznah binti Meor Mohd - Mazha 2010 (http://www.abhamz.com)
Catat Ulasan