MyePH

12:18 am 7 Julai 2010 - Emmmm...Tak tidur lagi...melayan Humaira yang meragam tu... Biasa la, awal lagi jam 4 atau 5 nanti baru la boleh tidur kami bertiga... Camtu la agaknya Mak Abah jaga aku dulu dan mungkin juga Mak dan Ayah Enie dulu jaga dia. Tapi Mak Abah aku kata aku baik... Wallahualam Bissawab...


Pada kepayahan yang sedikit ini kadang-kadang buat ramai yang melenting dan tak terkecuali aku dan Enie. Nak buat macamana kalau badan dah letih baran pun cepat la naik. PAP kena skali kat peha Humaira dan secara automatik juga timbul rasa bersalah, kesian dan kasih-sayang yang amat mendalam kat Humaira.

SAPA YANG TAK SAYANG ANAK OOOIII....

Sebagai menajalankan tanggungjawab sebagai Ayah dan Ibu, aku dan Enie kekadang merasakan ianya amat berat untuk ditanggung. Tu baru 1 bulan lebih Humaira tu, tak tahu la bagi Ibu Bapa yang beranak belasan tahun dan berpasang-pasang tu, mungkin boleh aku katakan ada yang berdozen anak. Nak juga aku tau rahsia macamana mereka menjaga, membesarkan dan mendidik anak mereka yang terkadang amat berjaya.

BILA DAH BESAR NAK JADI APA??

Tu la yang selalu Ibu Bapa rangkakan secara berhati-hati dan bersungguh-sungguh kepada anak-anak mereka. Apa yang Ibu Bapa dapat waimal anak tu berjaya sekali pun??? kalau belanja yang dikeluarkan untuk membesarkan dan mendidik mereka hingga dewasa itu diguna untuk dilaburkan kepada keuntungan, aku rasa pastinya kaya raya Ibu Bapa itu. Ni tak, cuma bibir teman yang memuji "Anak sape tu?? Pandainya Mak Bapak dia didik sampai jadi Doktor, Peguam, Jutawan". Cuma nama jer??? Tapi itu lah sikap Ibu Bapa yang hanya nakkan yang terbaik buat anak-anak walau habis semua tergadai.

Emmmm...Aku plak macamana?? Pada aku yang penting anak aku jadi orang yang berguna dan tujuan yang utama adalah akhirat. Itu yang paling penting sebenarnya.

Tidak aku buat semuanya untuk Humaira, Enie atau nikmat dunia... Tapi semuanya kerana Allah. Alah kurniakan Humaira kepada aku supaya aku bertakwa dan sentiasa beriman dengan kekuasaanNYA. InsyaALLah...

Kesusahan yang sedikit ini hanya untuk aku beramal pada hikmahNYA...Banyak la aku berzikir untuk mendodoi, banyak la aku selawat untuk tenangkan, banyak la aku berdoa untuk kesejahteraan, banyak la aku  membaca Al-Quran untuk halwa telinga dan banyak la aku beribadat untuk mematuhkan... Semuanya kerana Allah, supaya Humaira kenal Allah, supaya Humaira menyembah Allah, supaya Humaira Mencintai Allah, supaya hidup dan mati Humaira kerana Allah dan semoga cinta RasulNYA ada pada Humaira.

Kerana NUR IMAN HUMAIRA bukan pada makna tetapi cermin kepada Umul Mukminin.

Hahahaha...Humaira nak susu... Okey la setakat ni je la dulu untuk kali ni...

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers