Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang kuku jari yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…. Potong la kuku tu ye….
Janganlah ada niat untuk menyimpan kuku yang panjang walau 1mm atau pun hanya satu jari hatta pada jari kelingkin sekalipun. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alas an sekalipun kerana ianya tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya Islam apatah lagi tangan juga digunakan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari ibunya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung dan lain-lain lagi. Apa ilmu pun yang diajar tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak.
Percayalah wei….
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak Berjaya. Syarikat Melayu yang bankrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah… kalau hendak mencari pasangan dan mahukan anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. InsyaAllah.
Info tambahan…
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najir manusia iaitu E-Coli (sebutannya : e-kolai)
Kuman tersebut tidak akan hilang malaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali R.H. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Baginda berpesan kepada Saidina Ali R.H. iaitu kalau memaki cincin pakailah di jari :-
1) Jari manis
2) Jari kelingking (anak jari)
Dan jangan memakai pada jari :
1) Jari tengah
2) Jari telunjuk
Nabi Muhammad S.A.W. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.S.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki juga perempuan.
Sooo…nasihatkan la kengkawan, sedara mara, anak-anak atau sape-sape je la pasal kaedah yang betul untuk berhias mengikut syariat Islam, kang sia-sia je kita kena laknat dari Allah S.W.T. disebabkan kita yang tidak mengetahui. Nabi Muhammad S.A.W. pun pakai cincin, soo… kalau kita pakai cincin dengan niat mengikut sunnah senang-senang je dapat pahala.
Sooo…. Otak ada sendiri mau ingat la… Lu piker la sendiri…
Wassalam…
Categories:
Catat Ulasan