MyePH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah posa g aku hari ni (InsyaALLAH penuh sebulan la cam tahun-tahun sebelum ni). Sebenarnya aku dah mula posa ni masa umur 5 tahun lagi. Tapi rasanya ada orang yang dah mula posa awal dari tu lagi. Masa kecik dulu ibadat posa ni yang seronoknya sebab nak sambut raya. Almaklumlah...budak kecik la kan... Lagi pulak tu raya dulu-dulu meriah la sangat (skang ni kurang sket la) walau pun purata orang bagi duit raya 2 kupang (20 sen). Masa tu memang la banyak... tapi skang ni bebudak nak duit kertas jer, yang besi tak nak, berat...

Apa pun aku posa dulu bukan la sebab ganjaran (banyak ibu bapa masa ni ganjarkan dengan RM bagi setiap hari puasa anak2 mereka) sebab mak abah aku tak penah nak janjikan apa-apa ganjaran pun...Ye la kan...masa tu kami ni miskin (skang ni pun lebih kurang la...tapi senang sikit la...)kalau dapat pun duit raya paling banyak pun 5 kupang (50 sen) jer, tu pun bukan ganjaran posa, cuma sebab mak abah nak sedekah kat kami.

Apa yang saya nak cakapkan dan syorkan disini sebenarnya adalah cara didikan dan asuhan orang tua dahulu terhadap apa jugak adalah berdasarkan keikhlasan. Sebab tu masalah sosial amat-amat jarang berlaku di zaman dulu. Kesedaran tu datang dari dalam diri kita sendiri bukan disebabkan ganjaran yang menanti. Ganjaran dunia bukanlah satu cara didikan yang baik, walaupun ada yang memberikan kesan yang positif. Namun adalahkah ianya untuk masa yang panjang???

Mungkin kita berfikiran bahawa apabila anak-anak kita membesar seiring dengan cara pemikiran mereka. Tapi dimanakah tahap pemikiran mereka? Adakah ditahap berganjaran dengan mengharapkan suatu yang dibuat itu akan mendapat balasan yang nyata iaitu secara serta merta atau dapat dinikmati didunia? Ataupun ditahap ikhlas iaitu semata-mata kerana ALLAH S.W.T???

Fikir-fikir la...Kita Diberi akal untuk berfikir...Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut akal insyaALLAH bahagian...

InsyaALLAH esok lusa raya la kita. Hari ni dah 29 Ramadhan 1429. Aku keje gak lagi (termasukla beberapa orang lagi kawan aku kat opis ni). Esok pun aku keje lagi (kalau tak raya lagi la...) Nasib baik la aku keje ni kat kampung halaman sendiri tak le sedih sangat cam orang yang diperantauan tuh...Apa pun sabo je le ye...

Wassalam....

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers