Al-Fatihah buat Azizan bin Abd Aziz.

Sedikit kenangan Allahyarham bersama Aku dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu memang memilukan benak. InsyaAllah sebentar lagi jenajah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Gobek, Jalan Kuak Luar, Kampung Simpang Pulai. Amat memilukan Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang mana masih memerlukan perhatian dan kasih sayang Allahyarham.
Suatu yang tidak disangkakan, seorang yang kuat bersukan dan dikenali di arena sukan tarik tali yang mewakili pasukan Majlis sehingga ke peringkat Sukan PBT Malaysia, lawan aku dalam Bowling dan pelopor sukan Bowling yang mempopularkan sukan Bowling bersama-sama aku ke Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jualah tempat kembali.
Amin Ya Rabbal Alamin...
Al-Fatihah..
Wassalam...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Categories:
Allahyarham...zan..sedih lakss aku bila baca cite ko nieee...aku jupe zan dah 2 kali..memang masa jupe tu dia memang nampak x sihat..badan dah x sihat dan berisi mcm dulu...
allahyarham memang mepunyai masalah jantung.sepatutnya 7.7 2009 dia kena pergi buat rawatan susulan di hospital sungai petani.allahyarham sengaja merahsiakan penyakit beliau kepada keluarga dan rakan2.kerana beliau x mahu menyusahkan keluarga dan rakan2 beliau.walau apapun saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan staff kerana membantu urusan pengkebumian allahyarham.sekiranya allahyarham ada terhutang atau pun terkasar bahasa.saya mohon halalkan dan seribu keampunan.sama-samalah kita doakan kesejahteraan allahyarham dan ditempatkan dengan orang2 beriman.al-fatihah