Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Soal tayar dan sport rim ni... agaknyer la mana yang lagi hebat?
Sport Rim yang berkilat ker atau Tayar yang hitam legam??? Atau boleh aku katakan pulak mana yang lebih BURUK, HODOH atau BODOH?
Asal kejadiannya hanyalah satu iaitu RODA... dan asal kejadian roda adalah untuk menggerak kenderaan secara lancar dan berkesan..Ok la...apa yang aku nak tulis kat sini adalah pasal tugas dan matlamat seharian kita, tentang kerja kita. Aku kerja dengan Kerajaan. So aku makan gaji dengan kerajaan.
Yang aku nak sampaikan, pekerja kerajaan ni sebenarnya ibarat RODA dan keretanya adalah RAKYAT JELATA. Tayar adalah orang bawahan dan Sport Rin adalah pegawai atasan. Setiap satu ada matlamat dan ada fingsi yang tersendiri. Tidak ada timbul siapa lebih hebat, lebih kuat atau lebih berkuasa. Kelebihan yang ada hanyalah sebagai menyempurnakan amanah dan fungsi yang dipertanggungjawabkan.
Sebenar-benarnya kejadian tiada fungsinya TAYAR tanpa SPORT RIM dan takkan ada gunanya SPORT RIM yang CAKTIK, KUAT, BERGAYA dan HEBAT tanpa adanya TAYAR yang digelek ke lantai jalan.
Kesimpulannya SPORT RIM dan TAYAR adalah SATU iaitu yang membentuk RODA yang menggerakkan kenderaan. DAN setiap kakitangan itu adalah SAMA PENTINGNYA wa'imal atasannyer dier atau bawahannyer dier.
Hargai setiap kerjasama.
Wassalam...
Categories:
Catat Ulasan