MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

LETIH…


Boleh aku gambarkan itu yang aku dapat atau hasil akibat dari kerja seharian kita? Kenapa LETIH output akhiran dari tindakan dari satu dedikasi untuk perolehan bulanan yang dikongsikan dengan keluarga tercinta??

Apa yang meletihkan sebenarnya?

Dalam perjalanan hari-hari aku 40 jam aku di pejabat, balik bersama keluarga pukul 5:30 hingga pukul 12:00 malam tidur selama 5 jam kemudian jam 5 pagi bangun solat, bersiap dan ke pejabat semula sekitar jam 7:30 pagi. Sabtu dan Ahad bercuti dengan pelbagai agenda. Jadi dalam seminggu Isnin ke Jumaat cuma 37½ jam sahaja masa yang aku ada untuk berbual bicara dan mengambil berat perihal keluarga.

Sepatutnya tiada istilah rakan sepejabat. Selayaknya saudara seperjuangan yang sepatutnya saling memahami, membantu, bekerjasama, beramah mesra, berbual bicara, bergurau senda dan bersama-sama dalam perbagai method yang menjadikan pejabat rumah ke dua dan selayaknya rakan menjadi keluarga ke dua.

Kenapa rasa LETIH?

Kenapa tiada nikmat dalam kerja?

Kenapa tiada rasa cinta pada kerja?

Apabila ke pejabat untuk BERKERJA dan MENYIAPKAN KERJA dan status social yang wujud adalah bak PEKERJA dan MAJIKAN apakah kerja itu menyeronokkan? Tatkala kerja kerana kewajiban dan kerana keterpaksaan dan kerana ARAHAN yang mesti ditunaikan akan hilanglah keseronokan bekerja itu. Maka nilai kekeluargaan bak rumah dan keluarga ke dua akan punah.

Renungilah bersama tatkala keadaan yang masih lagi belum parah. Janganlah simbah cuka pada lurah luka yang masih berdarah kerana ianya akan menyebabkan luka makin parah. Usaplah pada lebam akibat jatuh tersungkur kerana insyaALLAH walau sakit tak hilang, hati akan bertambah tenteram.

Apa yang masih tertanam dalam hati semoga ianya akan berubah kembali kepada sediakala.

Adat adik beradik, bergaduh perkara biasa, bermasam muka alas an untuk bermanja, menengking sekadar mencari perhatian, bertekak atas dasar mesra, asal jangan sampai tak bertegur sapa.

Bagi aku dihati tetap
PEJABATKU RUMAH KU,
SAHABATKU KELUARGAKU

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers