MyePH




Sebenarnya ada sesuatu yang nak dikongsikan dengan semua...




Sebenarnya...bukan sahaja Perak yang mendapat pentadbiran baru, di sini juga (MDPH) kami mendapat pentadbiran yang baru...




S/U (Setiausaha MDPH) yang dahulu En. Sulaiman bin Salbidi telah ditukarkan ke MD Selama (Kg. beliau gak la) mulai 15 April 2008 yang lalu. Sedih gak la, sebab dah lama gak keje dengan dia. Dia mula bertugas kat sini (MDPH) pada 1 Januari, '98 (saya mula 1 Ogos, '98 - tahun yang sama la). Dalam 10 tahun lebih gak la beliau kat sini.




Memang macam-macam pendapat orang kat beliau...tapi apa pun setiap manusia ni ada kelemahan...so...jangan la kita asyik cari kelemahan orang lain. Yang seeloknya kita selongkar dulu kelemahan kita sendiri dulu... baik ke diri kita ni... pernah ke kita menzalimi orang lain... lepas tu baru le kita tanya balik kenapa kita ni dizalimi dan kenapa orang buat jahat dengan kita.




Jangan le ambik hati dengan apa yang saya tulis ni... sekadar nak ingatkan diri sendiri je... tapi kalau nak ambik pengajaran... Alhamdulillah...

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers