MyePH

Takut dengan kegagalan??? Ada ke manusia yang tak pernah gagal??

Untuk Berjaya dalam perniagaan juga dalam hidup kita haruslah dengan berterusan berusaha walaupun kita sedar risiko yang bakal kita hadapi. Meletakkan diri dalam usaha yang bersungguh-sungguh setiap hari boleh menyebabkan diri menjadi lesu dan stress, terutama apabila apa yang diusahakan tidak sepertimana yang diharapkan. Kerap kali banyak perkara yang mengecewakan terjadi, disini kita renungkan bersama tentang kegagalan orang yang kita kenal hanya kepada kejayaan mereka:

Bill Gates – Pengasas dan pengerusi Microsoft, orang yang telah mengubah sepenuhnya budaya kerja di seluruh dunia pada abad yang ke 21 ini dengan mempermudahkan cara kerja dengan penggunaan komputer. Tetapi tahukah anda, pada 1970an sebelum terkenal, beliau adalah bekas pelajar Universiti Harvard yang ‘ditendang’ keluar. Apa yang ironinya lagi adalah, beliau memulakan syarikat software beliau (yang kemudian menjadi Micrisoft) dengan hanya membeli teknologi perisian daripada “seseorang” cuma dengan hanya USD50 sahaja.

Abraham Lincoln – Hanya menerima pendidikan secara formal tidak lebih daripada 5 tahun sepanjang hidup beliau. Apabila dewasa, beliau menceburi politik dan mengalami 12 kegagalan yang besar sebelum beliau dipilih sebagai Presiden united States of America yang ke 16.

Isaac Newton – Seorang ahli matematik Inggeris yang terhebat pada generasi beliau. Teori beliau berkenaan dengan gravity dan optic telah menjadikan beliau seorang ahli sains yang terhebat di dunia yang kita ketahui. Ramai yang berpendapat beliau dilahirkan sebagai seorang yang ‘genius’, tapi jangkaan anda sama sekali adalah salah. Semasa beliau muda, beliau mendapat keputusan yang terlalu teruk semasa persekolahan beliau, iaitu terlalu teruk dan lemah sehinggakan guru beliau menjadi bingung untuk memikirkan cara bagaimanakah untuk memajukan tahap pejaran beliau.

Ludwig van Beethoven – Sumber inspirasi kepada semua ahli muzik. Seorang composer muzik klasik Jerman yang disanjung sebagai seorang lagenda muzik terhebat. Komposer, ahli muzik dan pendengar…semuanya akan menyanjung beliau. Tahukah anda, sebelum beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik, guru muzik beliau pernah berkata kepada beliau “sebagai seorang composer, dia tidak ada harapan langsung”. Sepanjang karier beliau juga, dia telah kehilangan pendengaran beliau, tetapi beliau masih lagi boleh menghasilkan muzik yang hebat? Ironic bukan, apabila seorang yang pekak boleh menghasilkan muzik…apatah lagi muzik yang hebat.

Nak tahu lagi....tapi sebelum itu, renunglah kedalam hati dan cari lah dimana kelemahan dan kekuatan diri...keluarkan kekuatan dan atasilah kelemahan diri...

Apapun selain Allah, hanya diri kita sendiri yang mengetahui di mana kita sebenarnya dan ke mana tujuan kita sebenarnya...

Wassalam....

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers