MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Fuhhh... kekadang meluat melebihi rasa suka apabila menjengah masuk ke Facebook tatkala aku tengok suara rasa yang melampau-lampu dari peminat Facebook yang aku takut akan jadi hitam berkarat hati mereka tu. Bukan orang lain, kawan-kawan aku pun ada juga. Tambah pula yang mengaku diri mereka itu ISLAM!

Bagi aku Facebook mungkin salah satu wadah yang paling berkesan untuk penyampaian, perkhabaran dan mungkin pengikat silaturrahim. Bukan aku nak mencela kegairahan politik atau perjuangan mereka...tapi tapis dahulu bait-bait kata yang hendak disampaikan supaya ianya berhikmah...supaya hujah yang dilemparkan bersahsiah, malahan menuntun pembaca ke arah kebaikan. Ini pula sebaliknya, kata-kata yang penuh dengan emosi, dengki, khianat, dusta malahan kekadang fitnah berpanjangan dan dipanjangkan lagi oleh pembaca. Nauzubillahiminzalik...

Teringat pula aku dengan Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Huri (Imam Masjid Jamek Pengkalan Hulu) dua minggu lepas berkenaan kenapa hati menjadi hitam!

Kalau yang dah hitam hatinya itu cubalah jangan mengajak orang lain pun ikut terhakis akhlak mereka menjadi seperti anda...tolong lah jangan...kalau anda telah redha neraka menjamah tubuh anda, jangan pula anda simbah ke tubuh orang lain...

Tapi Alhamdulillah, terubat juga hati ini bilakala kenalan yang masih mencari keredhaan Allah berFacebook dengan sopan... dengan jenaka yang mengukir tawa...

Ingatlah supaya kita beringat....

Categories:

2 Responses so far.

  1. hanni says:

    kdg2 sy selalu gak luahkan pe yg x puas hati kat FB..tp seingat sy xpnh lg la guna perkataan yg kasar2..sbb sy pun x suka...

  2. @hmadHiRO says:

    Betul tu hanni...Setiap perkara ada batasannya...pernah jugak abang hero dengar ada yang cakap

    "dah aku cam ni, so...I just want to be myself, beter then pretend to be others...poyo la"

    Hidup biarlah bersyariat, mengawal diri adalah sifat ajaran Islam, malah mengajar kita tentang kemanisan erti sabar.

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers