MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Aku minat dengan fotografi... emmm... Sekadar minat tanpa penghayatan takde maknanya jugak. Kena la menghayati.. baru ler setiap gambar yang diamek tu spesel...


Kenapa aku suka amek macam-macam gambar??? Gila ker??? Benda yang ntah apa-apa ntah, tu pun amek gak!!!


Sebenarnya, setakat untuk berteori takkan sampai kemana. Jadinya, kena la banyakkan latihan, penghayatan, eksperimen baru la ada kreativiti, taklah nanti orang tengok gambar yang kita amek tu sia-sia. Banyak lagi yang aku tak faham, yang aku tengah amek tahu dan belajar.


Ni ada satu artikel dari "OTAI" bab fotografi ni... aku pinjam artikel dia ni untuk kita hayati bersama...


ENJOY...


100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com 2008.



Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya ilmu fotografi.


Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable flash, kita masih kabur dengan monoblock flash,  patah lagi power pack flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous light seperti HMI Arri.


Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.


Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaik… hanya satu dalam sejuta.


Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa ilmu penuh di dada.  Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita sentiasa memperbaiki diri.


Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.


Pesan ini untuk diri saya sendiri, kerana saya banyak mengajar. Supaya saya tidaklah merasa yang saya ini lebih pandai dari orang lain.


Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun untuk fotografi.

 

 

dari.HiRO.Hazznie




Berhubung melalui perbualan pada profil rangkaian, blog atau mana-mana tapak web peribadi!
Yahoo! membolehkan anda untuk IM dengan Pingbox. Cubalah ciri ini!

Categories:
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers