Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini dah 16 hari kita berpuasa. Ini bermakna cuma tinggal 14 hari saja lagi untuk kita menyambut kemenangan kita menewaskan nafsu dibulan Ramadhan ini (InsyaALLAH).
Pasti ramai yang sekarang ini sibuk memikirkan juadah serta persiapan Aidilfitri. Yang pastinya Islam mengajar umatnya dengan bersederhana dan sentiasa bersyukur. Janganlah kita menyambut kemenangan ini dengan kekalahan (maksud saya boros berbelanja, sehingga menimbulkan riak, berdengki dan lain-lain lagi sifat yang tidak elok yang semua ini adalah disebabkan kita mengikut nafsu yang pada Ramadhan kita berjuang untuk menundukkannya).
Jadi...Saya ingatkan diri saya dan juga sesiapa saja yang sentiasa mengingati supaya hindarilah dari sifat-sifat yang sedemikian itu. Bersederhanalah dan bersyukurlah.
"RAIKANLAH SYAWAL DENGAN KESYUKURAN KERANA ITULAH KEMENANGAN YANG SEBENAR-BENARNYA"
"INSYAALLAH"
Salam AidilFitri
Maaf Zahir & Batin
Categories:
Catat Ulasan