MyePH

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.



2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.



3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.



4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:



“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).



Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.



Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:



“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).



Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.



5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:



“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).



Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?



6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak

Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
11 Safar 1432H.
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bila saja aku terbaca dengan entry ni, terpanggil aku untuk postkan kat blog aku untuk tatapan semua. Sebenarnya, kala ini ramai yang memandang ringan perihal 'aurat' disebabkan ilmu yang sedikit dan terlalu mengikut kepada peredaran fesyen.

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)



Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa).” (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

23 Muharam 1432H
Oleh : selatanonline
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Sudah agak lama aku tak menulis… pagi ini aku ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Besar Ipoh) bawa mak aku untuk pemeriksaan pakar sebelum ke Hospital Pulau Pinang pada esoknya untuk proses transplan sel bagi rawatan lymphomia.

Dalam perjalanan ke sini sewaktu berhampiran dengan plaza tol Kuala Kangsar sedang keudara di Radio Era slot “MERISIK KHABAR” yang mana seorang pemanggil mengadu perihal adik-beradiknya yang sudah tidak lagi mengambil peduli perhal ibu-bapa mereka. Telah berlanjutan dari 4 tahun dahulu ibu mereka menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, dan si pemanggil ini sahajalah yang mengambil peduli perihal ibu-bapa mereka sehinggakan terkadang mengganggu pekerjaannya.

Hampir bergenang air mata aku dengan mak aku mendengar perihal mereka itu.

Namun aku tahan ego kelelakian aku untuk menangis… tapi mak aku telah bergenang air mata…

Aduh… sesuatu yang amat melemahkan aku, meluluhkan hancurkan hati aku tatkala melihat air mata mak aku… dengan air mata mak pun dah merundum jatuh perasaan aku, tetapi kenapa mereka itu tidak merasa terdedit sedikitpun rasa belas kepada kedua ibu-bapa mereka…???

Teringat aku di zaman Rasulullah S.A.W. dahulu dikatan seorang yang amat khusyuk beribadat mendapat azab di sakartul mautnya apabila ibunya menadah tangan ke langit kerana terasa hati cuma, ketika tiga kali memanggil anaknya itu tidak diendah dek khusyuknya ibadah!!!

Hampir saja Rasulullah S.A.W. mengarah para Sahabat r.a membakar anaknya itu, barulah lembut hati ibu untuk memafkan dan lepaslah azab si anak.

MasyaAllah… Si Ibu cemburu deng ibadah anak! Cemburu kerana anak khusyuk beribadah kepada Allah S.W.T.! Apakah perbandingan anta ibu dan Allah S.W.T.? Hamba dan Pencipta! Tapi itu natijahnya kepada si anak…

Berbalik kepada slot Riuh Pagi di Era tadi… antara komen yang amat hebat:

“Kalaulah mereka sedar betapa besar fadhilat pahala yang Allah S.W.T. berikan kepada anak yang menjaga ibu-bapa yang uzur pasti meraka akan berebut-rebut untuk berbuat demikian. Untuk itu bersyukurlah kepada si pemanggil yang tak perlu berebut dengan yang lain untuk mendapat fadhilat pahala yang besar itu dengan yang lain.”

Keadaan mak aku juga mungkin sama dengan keadaan dengan ibu mereka itu. Sudah tiga tahun. Kami adik beradik bergilir (walaupun kebanyakannya aku) membawa mak berjumpa dengn pakar dan juga melakukan Kemoteraphy. Daripada pemeriksaan pakar di Baling seterusnya ke Sungain Petani, Alor Setar, seterusnya pembedahan pertama di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan rawatan Kemoteraphy di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh kemudian CAT CT Scan di Hospital Besar Pulau Pinang, pada hari ini pemeriksaan untuk persediaan rawatan Transplan Sel di Pulau Pinang, pada esoknya temujanji dengan pakar Transplan Sel di Pulau Pinang dan entah bila agaknya pula rawatan Transplan Sel akan dilakukan. Semuanya bermula pada thun 1997.

Jemu??? Letih??? Ditambah pula dengan karenah birokrasi pada mulanya… hampir-hampir saja aku mengamuk di Hospital Raja Permaisuri Bainun berikutan sikap “Nurse” yang agak biadap dengan mak aku.

Demi Allah S.W.T. tidak pernah terlintas di hati untuk menjadi seperti itu. Alhamdulillah aku masih mampu bersabar. Syukur Alhamdulillah, doa aku bila mana aku pertama kali masuk kerja di Majlis agar aku menjadi seorang yang cekal penyabar diterima Allah S.W.T.

Seorang isteri yang hebat

Sebenarnya banyak juga dugaan sepanjang tempoh ini. Apabila aku berumah tangga, kemudian isteri aku mengandung dan sehingga kini Nur Iman Humaira sudah 7 bulan umurnya. Alhamdulillah isteri aku seorang yang memahami dan penyabar. Walaupun sebahagian besar adalah menjadi tugas aku untuk membawa mak aku mendapatkan rawatannya di semua hospital yang aku tuliskan tadi. Sehingga kekadang habis bajet terus aku untuk tugasan ini. Nak beli susu anak pun aku tak mampu.

Adakalanya mahu sahaja aku menadah tangan ke langit memohon semoga Allah S.W.T. mengurniakan aku kesenangan dengan rezeki yang melimpah-ruah. Namun jauh di lubuk hati terfikir pula kemampuan aku untuk berada dalam keadaan itu. Adakah akun seorang yang mampu sentiasa mengingati Allah pada masa senang sedangkan di masa susahpun terkadang aku boleh terlupa.

Lalu berdoalah aku

“Ya Allah… Sekiranya kesenangan itu membuat aku semakin menjauihi MU, makan ya Allah aku mohon kepada MU supaya Kau jauhkanlah kesenangan itu dari ku dan sekiranya kesusahan itu akan membuatkan aku sentiasa mengingati dan mendekatkan dirikua pada MU, maka dengan ini ya Allah, Kau berikanlah kesusahan itu supaya aku akan terus berada disamping MU.

Ya Allah Kau berilah kesenangan sekiranya aku mampu berada dalah redha MU dan berilah kepada aku kesusahan sekiranya Engkau redha dengan hidupku.

Ya Allah… peliharalah aku sebagaimana Engkau telah pelihara kaum-kaum sebelumku yang sentiasa mencari redha MU. Sesungguhnya aku seorang yang lemah. Aku Cuma seorang hamba yang daif dan sentiasa mengharap rahmat dan sedha dari MU…

Amin… Ya rabbal alamain…”

Tidak dinafikan, ada juga mimik muka yang kurang serinya apabila satu ayat yang tidak disukai oleh orang Melayu disebut iaitu “Asyik-asyik ita, asyik-asyik kita… Tak de orang lain ke???”

Memang kekadang melemaskan juga… tapi ingatlah bahawasanya Allah S.W.T. memberikan dugaan itu keranaan ingin menduga setakat mana iman hambaNYA itu. Adakah ketika senang Cuma, atau makin kuat imannya apabila diberikan kesusahan! Aku tak tau aku kat mana sebenarnya… Allah S.W.T. jualah yang mengetahui.

Untuk itu, sesungguhnya Puji-pujian Allah kerana menganugerahkan aku seorang isteri yang solehah.

Seribut vs satu

Di pejabat pun ada juga yang membuatkan aku merasa seolah-olah aku keseorangan. Terus-terang aku tuliskan disini sehingga kini tiada rakan sepejabat aku yang mengambil peduli dengan mak aku. Nak melawat mak aku? Huh! Apatah lagi nak membantu. Satu sen pun tak pernah aku terima. Tuntutan untuk membawa keluarga terdekat yang sakit pun tidak pernah aku buat. Semuanya kerana birokrasi.

Biarpun ada seribu musuh, seorang sahabat yang menemani sudah cukup untuk bertahan. Terina kasih kepada sahabat baik aku kerana meraka membuat aku bertahan dan merasa kuat.

Terima kasih buat Jojoi, Azahar dan Acu kerana kamu buat aku cekal. Mereka sahajalah yang ikhlas mengambil tahu. Ruang yang aku ada untuk mengadu. Mereka ini tidaklah hebat, tapi mereka tahu untuk membuat aku terasa kuat.

Kalah?

Aku tak akan kalah, malah aku tak akan mengalah sedikitpun. Aku sedar aku tahu bahawasanya Allah S.W.T. tidak akan memberi kamu dengan sesuatu yang tidak mampu kamu tanggung.

Teringat pula aku berkenaan tulisan aku berkenaan “Bapa borek, anak rintik” di dalam entry blog ini suatu masa dulu. Sesunggunya apa yang aku buat sekarang akan dibias pula pada anak aku akan datang. Aku tidak dapat meninggalkan harta menjulang untuk zuriat aku. Cuma teladan sahaja yang dapat aku wariskan. Semoga ianya sempurna. Yang dibawa ke akhirat itu bukanlah harta dunia, ianya cuma  amal dan taqwa.

Mungkin juga blog ini dan titipan aku di dalamnya boleh menjadi harta berharga buat anak cucu aku kelak. Itupun kalau blog ini masih lagi berfungsi.

Emmm… lega sikit rasanya. Memang aku amat sensitif bila diperkatakan tentang ibu-bapa. Apatah lagi berkenaan anak-anak yang kurang ajar, melupakan ibu-bapa, mengabaikan ibu-bapa malah ada yang sanggup membuang ibu-bapa mereka dengan alasan mahu berdikari, hidup sendiri selepas berkahwin. Mungkin pada mereka apabila mereka berkahwin tanggungjawab meraka kepada isteri dan anak-anak mereka yang utama! Ingatlah bahawasanya seorang lelaki yang paling berhak ke atas seorang wanita itu adalah suaminya dan seorang wanita yang paling berhak ke atas seorang lelaki itu adalah ibunya. Janganlah kita terkeliru dengan tanggungjawab sebenar kita.

Sebenarnya syaitan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan anak Adam. Contohnya apabila Berjaya mengelirukan kita tentang tanggungjawab sebenar kita. Yang mana patut didahulukan? Apabila tidak Berjaya memperdayakan kita, dihasutnya pula isteri kita malah orang terdekat kita yang mampu mempengaruhi kita. Oleh itu jangan tewas. Kalau sayangkan isteri bimbinglah dia. Jangan mengiakan sahaja. Janganlah mencari kebahagian dan kesenangan di dunia sahaja, nanti di akhirat khafir dan kita dibakar bersama. Ingatlah orang yang beriman itu, dunia adalah neraka baginya dan khafir itu, dunia adalah syurga bagi mereka. Jelasnya manusia itu semuanya sama, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa.

Berfikirlah sebelum bertindak dan bertindaklah setelah berfikir masak-masak.

Susah sangatkah nak keluarkan sedikit bajet untuk kenyangkan ibu-bapa, berat sangatkah beban untuk pastikan ibu-bapa dalam keadaan sihat jejahtera, payah sangatkah nak berikan sedikit cuma perhatian yang ibu-bapa pinta, tak bolehkah luangkan sedikit masa untuk sapa sebentar ibu-bapa, mahal sangatkah kiranya ibu-bapa nakkan sedikit daripada apa yang kita ada, siksa sangatkah untuk kita ukirkan sedikit senyum pada bibir ibu-bapa, apakah penting kerja itu berbanding sakit demam ibu-bapa, adakah kepentingan diri itu mengatasi sedikit permintaan ibu-bapa.

Sedikit persoalan untuk aku kongsikan dengan semua dan cuba kita fikirkan dan teka bersama-sama jawaban yang patut tandakan dalam hati kita.

Sahabat pernah bertanya, siapakah yang harus aku berikan khidmat aku yang lebih utama?
Sabda Rasulullah S.A.W. “Ibu” Kemudian.. “Ibu” Sesudah itu… “Ibu” Setelah itu… “Bapa”…
Itu sabda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda bahawasanya sesiapa yang menolak Beliau maka meraka bukanlah daripada kalangan Beliau… maksudnya, apabila kita menolak walau satu daripada sunnahnya sahaja, maka Baginda tidak akan memperakui kita adalah daripada umatnya. Apatah lagi sekiranya menolak hukum Allah S.W.T. malah tidak akan sampai redha Allah kecuali adanya redha ibu-bapa bagi seorang anak dan adanya redha suami bagi seorang isteri. InsyaAllah semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat daripada Rasulullah di Akhirat kelak.

Akhir kata…

Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang berbersinar itu kaca, yang memancar itu permata.
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa, yang kemilau itu taqwa, yang dituju itu adalah syurga.

Wallauhu’alambiassawab.
Read More …

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers