MyePH


Antara banyak foto yang saya ambil... Ni la antara foto-foto yang menjadi kegemaran saya... Bukan foto posing tau... O.K. lah cuba kita nilai sentimental yang ada pada foto-foto ini. Apa yang tersurat dan apa pula yang tersirat...

Sebenarnya ada lagi... Tapi ni yang buat saya teringin sangat nak kawin ni... Comel kan???


Sesiapa yang teringin nak anak yang comel camni... Kawin le cepat.... Heheheh :)



Kalau nak tengok foto-foto yang lain jemputle ke fotopages saya : http://hairulph.fotopages.com

Emmm... Satu lagi, kalau nak komen ke... bagi cadangan ke... dialu-alukan sangat... Dan... Sesiapa yang rasa rindu kat orang-orang kat sini (Pengkalan Hulu) rajin-rajin le tengok blog ni... hehehe... :b
Ikhlas tapi jauh... HiRO
Read More …

Alhamdulillah makin meningkat umur dan semakian kita menghampiri titik akhir.

Emmmm... agak-agak amalan kita ni ikut banyak macam umur kita ke? Harap-harap macam tu la ye. Manusia memang tak lepas daripada kesilapan, cuma yang maksum je yang terpelihara (para rasul dan nabi). Cuma yang saya harapkan dosa tak bertambah kerana amal saya tak le banyak.


Bagaimana pun di sini saya ingin bukakan hati berkenaan hari esok dan seterusnya. Apakah yang kita buat hari ini, semalam atau yang berlalu akan berfaedah untuk besok atau hari yang mendatang? Apakah faedahnya atau efeknya pada orang sekeliling? Renung-renungkanlah...


Apapun sempenan Aidiladha ini kita singkap kembali pengorbanan orang-orang yang terdahulu. Secara teorinya masa lampau adalah pencetus masa hadapan. Sekarang ni, agaknya... dah ramai yang sanggup korbankan orang lain demi diri sendiri. Adakah kita diantaranya? Tepuk dada tanyalah iman. seharusnya kita insafi diri, kenang kembali pengorbanan yang terdahulu. Mereka itu mengorbankan diri mereka untuk kita. Untuk masa depan kita. Hanya kesusahan yang menemani mereka dan mereka membekalkan kesenangan kepada kita.


Dari itu, marilah buka minda, merenung kedalam hati dan fikirlah dengan sewajarnya.


Wassalam...


"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2007"
Read More …

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers