MyePH


 Allah Ta'ala berfirman, maksudnya: "Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik".



Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Kewajiban seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan, dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olok dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang)".

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Orang-orang yang terbaik dari kamu sekalian ialah mereka yang lebih baik dari kamu di dalam mempergauli keluarganya, dan saya adalah yang terbaik dari kamu sekalian dalam mempergauli keluargaku".

Dicerita dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda, maksudnya: "Barang siapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka Allah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub AS kerana sabar atas menerima percobaannya".

Al-Habib Abdullah Al-Haddad berkata, "Seorang lelaki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajiban-kewajibannya kepadanya dan tidak mempermudah dalam kewajiban-kewajibannya kepada Allah. dan seorang lelaki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya".

Keterangan:

Maksud dari penjelasan ini ialah seorang suami bersikap sudi memaafkan jika isterinya tidak menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain, tetapi ia bersikap tegas jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan lain-lain, itulah seorang suami yang sempurna. Dan seorang suami yang bersikap keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan dengan sempurna, tapi dia bersikap acuh tak acuh (dingin) jika isteri meninggalkan kewajiban-kewajibannya kepada Allah seperti solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang sempurna.

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat (titipan) yang berada di sampingmu; barang siapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan RasuNya".

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan perbuatanmu.” HR Muslim.

Buat para wanita dan juga yang sudah bergelar isteri.

Doa untuk mendapat Suami yang SOLEH..

“Allahumma Sa Khirli Zaujan Solihan Yakhtibuni Waya Tazau Wajubi Wayakunu Sohiban Li Fiddunya Wal Jannah”

Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, Pilihkan Daku Suami Yang Soleh, Dia Meminangku Dan Mengahwiniku Serta Jadikan Dia Sahabatku Di Dunia Dan Di Syurga.”

Allahummar Zuqni hubba wahubbaman ahabbaka wahubbamanyuqarribuni ila hubbika waj’al hubbaka ahabbu ilaina minal mail basit..

PEDOMAN

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik..” (24:26)

Wahai para lelaki dan suami sekalian, para wanita dan isteri mendambakan suami idaman…

CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN

Taqwa

Taqwa adalah ciri yang paling utama. Firman Allah :

“Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar2 taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam Islam”, (Surah Ali ‘Imran 3:102).

Suami yang bertaqwa tidak akan mensia-siakan isteri. Malah sentiasa menghormati dan mencintai isteri. Menyedari tugas membimbing isteri kepada Allah adalah tanggungjawabnya. Suami idaman akan menjadi benteng bagi kehidupan isteri apabila dalam kesusahan dan berkongsi kegembiraan bersama. Mereka juga sentiasa adil dalam apa jua keadaan, terutama dalam memberikan kasih sayang dan perhatian. Segala masalah akan dihadapi dengan tenang dan sentiasa mendoakan isteri dan anak-anak. Apabila bergaul pula akan menjaga tingkah laku dan baik terhadap keluarganya dan juga keluarga isteri.

Kepimpinan

Suami adalah pemimpin bagi isteri dan ahli keluarganya. Firman Allah :

“Kaum lelaki itu ialah pemimpin terhadap kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain”, (Surah An-Nisa’ 4:34)

Sebagai pemimpin suami WAJIB memberi bimbingan dan pendidikan kepada isteri dan seluruh ahli keluarga agar tidak terjerumus ke lembah KEJAHILAN. Firman Allah :

“Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu, daripada api neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu”, (Surah al-Tahrim 66:6).

Oleh itu dalam usaha mendidik dan membimbing isteri dan keluarga, seorang SUAMI AKAN MELENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU YANG MANTAP TERUTAMA ILMU AGAMA.

Bijaksana

Bijak dalam mengendalikan bahtera rumah tangga. Ciri orang bijak ialah menjaga tingkah laku yang sopan dan hormat orang lain. Suami yang bijak, akan di hormati isteri & anak-anak. Suami yang bijak tahu hala tuju keluarga yang hendak dibawa iaitu ada matlamat hidup untuk mencapai keredhaan Allah. Mereka juga bijak dalam membuat keputusan dan dalam memberi kasih sayang.

Penyayang

Penyayang dalam bentuk perbuatan dan perkataan. Suami penyayang mengutamakan tumpuan terhadap keluarga berbanding urusan lain. Masa terluang dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Firman Allah :

“…gaulilah mereka dengan cara yang baik”, (Surah al-Nisa’ 4:19)

Sabda Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik kamu alah yang paling baik kepada isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku”.

Memahami sikap isteri

Suami idaman akan mengambilkira factor kejiwaan dan menyelami cita rasa serta mengambil tahu perasaanya. Wanita mempunyai sifat dan peribadi yang unik. Allah telah menjadikan emosi wanita lebih kuat dari akalnya berbeza dengan kaum lelaki. Isteri malu untuk berterus terang untuk meluahkan perasaannya. Oleh itu, suami idaman sangat rajin berbincang dengan isteri dan menjadi pendengar yang baik.

Kesimpulan

Yang demikian, akhwat-ahkwat boleh jadikan ciri-ciri ini sebagai salah satu indikator dalam membuat pemilihan pasangan hidup.

Bagi suami, isterimu mendoakan agar dikau terus istiqamah dalam beramal dan tidak jemu dalam perjuangan melawan nafsu jahiliah yang boleh merosakkan keimanan mu kepada Allah. Carilah ilmu agama dan dalamilah ia kerana isterimu mahukan dibimbing, bukan membimbing.

Seorang suami mempunyai beberapa kewajipan terhadap isteri. Antara lain menggaulinya dengan baik dan menahan diri atas perangai yang kadang-kadang sebab memaklumi atas kependekkan akalnya. Allah SWT berfirman:Ertinya “Dan pergaulilah mereka dengan makruf....”

Juga dalam ayat lain Allah SWT berfirman: “Dan mereka telah mengambil setia yang teguh daripadamu...”


Yang terakhir sekali di wasiatkan Rasulullah SAW ada tiga perkara. Baginda bersabda:

“Solat, solat. Dan janganlah kami bebani hambamu sesuatu yang di luar kemampuan mereka dan takutlah kepada Allah dalam hal wanita. Mereka adalah para tawanan di tanganmu. Kau ambil mereka dengan amanat Allah SWT dan kau minta halal farajnya dengan kalimat Allah pula.”

Juga Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sabar atas keburukan akhlak isterinya, Allah memberinya pahala seperti pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub. Dan siapa sabar di atas keburukan akhlak suaminya, Allah memberinya pahala seperti pahala Asiah isteri Firaun.”

Ertinya, menggauli mereka dengan baik bukan sahaja tidak menyakitkannya, akan tetapi menahan diri dan sabar atas perbuatan yang menyakitkanmu. Bahkan tidak memarahinya. Ini telah di contohi Rasulullah SAW, di mana para isterinya kadang-kadang membantah kepada baginda, bahkan salah seorang mereka ada yang tidak menegur baginda sampai sehari semalam, bahkan isteri Umar r.a pernah juga membantah kepadanya. Umar berkata, “apakah engkau hendak membantahku?” Si isteri menjawab, “Bahawa isteri-isteri Rasulullah SAW ada juga membantah kepada baginda. Padahal baginda adalah lebih baik dari kamu.” Umar berkata rugilah Hafsah, “janganlah engkau cemburu kepada puteri anak Abi Kuhafah. Dia kekasih Rasulullah SAW!” Dan Umar menakut-nakutinya dengan balasan Akhirat akibat menentang suami.

Dirawikan juga pernah pada permulaan Islam, setengah isteri Nabi SAW itu agak kesal dengan mengadu kepada ibunya. Maka Nabi SAW berkata, “Tinggalkan sahaja dia. Dia telah berbuat lebih banyak dari itu.” Dan pernah juga antara Nabi SAW dan Aisyah terjadi satu perselisihan. Sehingga keduanya memanggil Abu Bakar memohon kebijaksanaannya. Nabi SAW berkata kepada Aisyah, “Aku yang akan bercakap atau kamu yang akan bercakap?” Aisyah berkata, “Silakan kamu bercakap asalkan benar.” Mendengar ucapan itu Abu Bakar (ayah Aisyah) langsung memukul Aisyah sehingga mulutnya berdarah dan berkata , “Wahai musuh nafsunya, pernahkah baginda berkata tidak benar?” Aisyah lalu mendekati Nabi dan bersembunyi di balik punggungnya. Maka Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar, “Kami tidak memanggilmu untuk ini dan kami tidak menghedaki ini darimu.”

Pernah juga suatu ketika Aisyah sedang marah kepada Nabi SAW. Dia berkata, “Kau sendirilah mengaku bahawa kau itu Nabi Allah.” Mendengar itu Nabi SAW hanya tersenyum sahaja. Dan pernah Nabi SAW berkata kepadanya, “Aku mengetahui bagaiman kemarahan dan kerelaanmu.” Aisyah berkata, “Dan bagaimana engkau mengetauinya?” Nabi berkata, “Jika kau sedang rela berkata, “Tidak demi Tuhan Muhammad.” Lalu jika kau sedang marah, kau berkata, “Tidak demi Tuhan Ibrahim.” Aisyah berkata, "Engkau benar aku cuma membenci namamu.”

Dan dikatakan bahawa yang pertama kali cinta terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi SAW kepada Aisyah ra. Dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Aku ini ibarat bapa biji dan ibu biji. Hanya saja tidak mengeluarkannya.” Dan Nabi SAW mengatakan kepada isteri-isterinya, “Janganlah kamu menyakiti aku seperti Aisyah. Sesungguhnya, demi Allah, tidak pernah turun wahyu sewaktu aku ada di pangkuan salah seorang kamu.”

Anas ra berkata bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling penuh kasih kepada wanita dan anak-anak.

Justeru itu, jika seorang suami di sakiti hendaklah menahan dan membalas dengan guraun yang dapat melembutkan hati wanita. Rasulullah SAW seringkali bergurau bersama mereka (isteri-isterinya) serta menyesuaikan tingkat akal mereka dengan beramal dan berakhlak. Sehingga dirawikan, Nabi SAW pernah memulakan pertengkaran dengan Aisyah. Aisyah pun membalas di suatu hari, kemudian Nabi memulainya di hari yang lain, lalu berkata, “Ini balasan kelmarin.”

Aisyah ra berkata, “Pada hari Asyura aku mendengar suara orang-orang Habsyi dan lainnya bermain-main. Nabi SAW berkata kepadaku, “Inginkah kau melihat permainan mereka?” Aku menjawab, “Ya” Nabi memanggil mereka dan mereka pun datang. Nabi berdiri diantara dua pintu dan meletakkan telapak tangannya pada salah sebuah pintu serta memanjangkan tangannya. Maka aku meletakkan wajahku pada tangannya, lalu mereka bermain dan aku melihat. Kemudian Nabi berkata, “Wahai Aisyah, cukuplah kau!” Aku berkata, “Ya” Lalu Nabi mengisyaratkan kepada mereka dan mereka pun pergi. Maka Nabi SAW lalu berkata, “ Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling elok akhlaknya dan paling penuh kasih sayang pada keluarganya.”

Juga baginda bersabda:

“yang terbaik di antara kamu adalah kamu yang paling baik kepada isteri-isterimu.”

Umar ra berkata, “Sayugianya lelaki dalam keluarga itu seperti anak-anak. Dan manakala tersentuh apa yang disisinya, barulah dia menjadi lelaki.” Luqman menyatakan seperti itu juga. Dalam Hadis di ceritakan bahawa Allah SWT memurkai orang yang kejam terhadap keluarganya.”

Nabi SAW bersabda:

“Hendaklah seperti gadis yang engkau rayu dan dia merayumu.”

Kemudian, hendaklah seorang suami tidak lantas memperturutkan semua keinginan isteri sampai dalam batas yang dapat merosakkan akhlaknya. Ini jangan dibiarkan. Al-Hasan menyatakan, “Setiap lelaki yang mengikuti sahaja keingin isterinya, maka Allah akan melemparkannya ke neraka.” Umar ra berkata, “Ingkarlah (kemudian isteri) sebab dalam mengingkari mereka itu terdapat berkah.” Dan dikatakan berempuklah dengan mereka dan ingkarilah keinginan isteri.” Baginda mengatakan demikian jika seseorang lelaki mengikuti saja keinginan isteri seolah-olah dia menjadi hambanya. Celakalah dia. Allah tidak menyerahkannya kepada isteri yang tunduk kepada nafsunya. Ini bererti dia menjadi hamba syaitan dan mengikutinya pula.

“Dan kusuruh mereka mengubah mahkluk Allah ....” (Q.S An-Nisa: 119)

Oleh kerana lelaki mesti diikuti bukan mengikuti. Lelaki harus menjadi tiang penyangga kepada perempuan dan suami haruslah sebagai sayid.

“Setiba dipintu, keduanya bertemu dengan said(tuan)nya....” (Q.S Yusuf: 25)

Iman as-Syafie ra berkata, “Jika kau muliakan mereka, mereka akan menghinamu, itulah perempuan, khadim dan batin (nafsu) ini.”

Categories: ,
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers