MyePH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pening kepala… kekadang nak tergelak pun ada, lawak…

Terfikir aku macam mana nak mendidik ketam? Mengajar menyonsangkan tabii lahiriah dan batiniah yang telah sebati. Berjalan sendeng, serong, ketepi tak ke hadapan.

Bagaimana ibu ketam nak mendidik anaknya berjalan ke depan? Sedangkan diri sendiri pun jaln tak betul?

Betol, Betol, Betol, Kata Upin dan Ipin.

Entahlah, rasanya aku tak kisah pun cara jalannya asalkan tujuannya yang terbit dari batinnya adalah betul. Jadi bukanlah mendidik cara berjalan yang penting, tetapi mendidik cara berfikir dari hati yagn ikhlas lebih penting kan?

Macam mana?

Nak lentur buluh biar dari rebung. Tapi kalau salah lentur, rebung pun boleh patah juga.

Jadi kesimpulannya, yang perlu dididik sebenarnya diri kita sendiri terlebih dahulu baru lah boleh mendidik orang lain.

Jangan jadi cikgu yang kencing berdiri dan jangan jadi bapak yang borek. Baru la murid kencingnya di tandas dan anak akan putih berseri. Murid cermin ilmu gurunya, anak cermin tingkah ibu bapanya dan pekerja cermin kepada ketelusan orang atasannya. Dalam segala hal semuanya adalah bersangkut paut. Sekiranya ada kekurangan pada anak pastinya dating dari ibu bapa dan sekiranya kekurangan pada kakitangan pastinya ada sesuatu yang tak kena dengan majikannya.

Berdiri depan cermin, lihat diri sendiri.

Jadi lah air yang lembut mengalir, menyejukkan yang kepanasan dan membentuk dan melembutkan yang keras.

Wassalam…
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

LETIH…


Boleh aku gambarkan itu yang aku dapat atau hasil akibat dari kerja seharian kita? Kenapa LETIH output akhiran dari tindakan dari satu dedikasi untuk perolehan bulanan yang dikongsikan dengan keluarga tercinta??

Apa yang meletihkan sebenarnya?

Dalam perjalanan hari-hari aku 40 jam aku di pejabat, balik bersama keluarga pukul 5:30 hingga pukul 12:00 malam tidur selama 5 jam kemudian jam 5 pagi bangun solat, bersiap dan ke pejabat semula sekitar jam 7:30 pagi. Sabtu dan Ahad bercuti dengan pelbagai agenda. Jadi dalam seminggu Isnin ke Jumaat cuma 37½ jam sahaja masa yang aku ada untuk berbual bicara dan mengambil berat perihal keluarga.

Sepatutnya tiada istilah rakan sepejabat. Selayaknya saudara seperjuangan yang sepatutnya saling memahami, membantu, bekerjasama, beramah mesra, berbual bicara, bergurau senda dan bersama-sama dalam perbagai method yang menjadikan pejabat rumah ke dua dan selayaknya rakan menjadi keluarga ke dua.

Kenapa rasa LETIH?

Kenapa tiada nikmat dalam kerja?

Kenapa tiada rasa cinta pada kerja?

Apabila ke pejabat untuk BERKERJA dan MENYIAPKAN KERJA dan status social yang wujud adalah bak PEKERJA dan MAJIKAN apakah kerja itu menyeronokkan? Tatkala kerja kerana kewajiban dan kerana keterpaksaan dan kerana ARAHAN yang mesti ditunaikan akan hilanglah keseronokan bekerja itu. Maka nilai kekeluargaan bak rumah dan keluarga ke dua akan punah.

Renungilah bersama tatkala keadaan yang masih lagi belum parah. Janganlah simbah cuka pada lurah luka yang masih berdarah kerana ianya akan menyebabkan luka makin parah. Usaplah pada lebam akibat jatuh tersungkur kerana insyaALLAH walau sakit tak hilang, hati akan bertambah tenteram.

Apa yang masih tertanam dalam hati semoga ianya akan berubah kembali kepada sediakala.

Adat adik beradik, bergaduh perkara biasa, bermasam muka alas an untuk bermanja, menengking sekadar mencari perhatian, bertekak atas dasar mesra, asal jangan sampai tak bertegur sapa.

Bagi aku dihati tetap
PEJABATKU RUMAH KU,
SAHABATKU KELUARGAKU
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Hari ni baru la ada kesempatan untuk aku semak mailbox aku. Emmm..banyak gak email yang aku dapat. Tapi email ni menarik perhatian aku dan aku nak kongsikan info ni untuk tatapan dan renungan bersama.

Bersama-samalah kita menambah ilmu untuk kita di diSANA kelak.

Wallahualam...
- وعنْ جَابِرٍ رضي الله عنه قَالَ:قَالَ رسُولُ اللَّهِ رسول الله صلي الله عليه وسلم: « يَأْكُلُ أَهْلُ الجنَّةِ فِيهَا ويشْرَبُونُ ، ولا يَتَغَوَّطُونَ ، ولا يمْتَخِطُونَ ، ولا يبُولُونَ ، ولكِنْ طَعامُهُمْ ذلكَ جُشَاء كَرشْحِ المِسْكِ يُلهَمُونَ التَّسبِيح وَالتكْبِير ، كَما يُلْهَمُونَ النَّفَسَ » رواه مسلم .

Jabir ra berkata"Rasulullah saw bersabda:"Dalam syurga itu para ahli syurga sama makan dan minum, tetapi mereka itu tidak membuang air besar, tidak beringus dan tidak pula membuang air kecil, tetapi makanan mereka itu menjadi serdawa seperti percikan minyak kasturi.Mereka diilhami untuk terus bertasbih serta bertakbir sebagaimana juga dikurniakan kepadanya pernafasan tanpa kesukaran." (Riwayat Muslim)

- وعَنْ أَبي هُريْرةَ رضي الله عنه قَال : قَال رسُولُ اللَّهِ صلي الله عليه وسلم: « قَال اللَّه تَعالَى: أَعْددْتُ لعِبادِيَ الصَّالحِينَ مَا لاَ عيْنٌ رَأَتْ ، ولاَ أُذُنٌ سَمِعتْ ولاَ خَطَرَ علَى قَلْبِ بَشَرٍ ، واقْرؤُوا إِنْ شِئتُمْ : { فَلا تَعْلَمُ نَفْسٌ ما أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جزَاءً بِما كَانُوا يعْملُونَ } [ السجدة 17 ] متفقٌ عليه

Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Allah Ta'ala berfirman"Aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang shalih pahala yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah didengari oleh telinga dan juga tidak pernah terlintas di dalam hati saorang manusia pun.Bacalah sekiranya kamu mahu firman Allah "Maka tiada seorang-pun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata." (as-Sajdah:17) (Muttafaq'alaih)

3- وعَنْهُ قَالَ : قال رسُولُ اللَّهِ : أَوَّلُ زُمْرَةٍ يدْخُلُونَ الْجنَّةَ على صُورَةِ الْقَمرِ لَيْلَةَ الْبدْرِ ثُمَّ الَّذِينَ يلُونَهُمْ علَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ في السَّمَاءِ إِضَاءَةً لاَ يُبولُونَ ولاَ يتَغَوَّطُونَ ولاَ يتْفُلُونَ ولاَ يمْتَخِطُون أمْشاطُهُمُ الذَّهَبُ ورشْحهُمُ المِسْكُ ومجامِرُهُمُ الأُلُوَّةُ ¬ عُودُ الطِّيبِ ¬ أَزْواجُهُم الْحُورُ الْعِينُ علَى خَلْقِ رجُلٍ واحِد علَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدم سِتُّونَ ذِراعاً في السَّماءِ . متفقٌ عليه .

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah saw bersabda:"Kumpulan pertama yang memasuki syurga itu rupa mereka bagaikan bulan purnama kemudian kumpulan yang mengiringi mereka itu bagaikan bintang di langit yang paling terang cahayanya.Mereka itu tidak mengeluarkan kotoran, kecil atau besar dan juga tidak pernah berludah dan beringus.Sikat mereka diperbuat dari emas,peluh mereka bagaikan kasturi dan pewanginya dari aluwwah yaitu kayu harum. Isteri-isteri mereka adalah bidadari-bidadari,Mereka itu dicipta sebagaimana rupa ayah mereka Nabi Adam, tingginya enampuluh hasta ." (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Bukhari dan Muslim disebutkan pula:

وفي روايةٍ للبُخَارِيِّ ومُسْلِمٍ : آنيتُهُمْ فِيهَا الذَّهَبُ ، ورشْحُهُمْ المِسْكُ ، ولِكُلِّ واحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُّ سُوقِهما مِنْ وراءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحُسْنِ ، لاَ اخْتِلاَفَ بينَهُمْ ، ولا تَبَاغُضَ : قُلُوبهُمْ قَلْبُ رَجُلٍ واحِدٍ ، يُسَبِّحُونَ اللَّه بُكْرةَ وَعَشِيّاً .

"Bekas yang digunakan oleh mereka diperbuat dari emas, keringat mereka bagaikan kasturi.setiap mereka mempunyai dua orang isteri yang sumsum betisnya itu dapat dilihat dari balik daging karana indahnya, tiada perbedaan antara para ahli syurga itu dan tiada pula rasa saling benci-membenci. Hati mereka adalah bagaikan hati satu orang lelaki. Mereka bertasbih di waktu pagi dan petang.

4- وَعَنْ أَبي مُوسَى رَضِي اللَّه عنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ : إِنَّ للْمُؤْمِنِ في الْجَنَّةِ لَخَيْمةً مِنْ لُؤْلُؤةٍ وَاحِدةٍ مُجوَّفَةٍ طُولُهَا في السَّماءِ سِتُّونَ ميلاً للْمُؤْمِنِ فِيهَا أَهْلُونَ يَطُوفُ عَلَيْهِمُ المُؤْمِنُ فَلاَ يَرى بعْضُهُمْ بَعْضاً. متَّفقٌ علَيْهِ.

Dari Abu Musa ra Nabi saw bersabda:"Sesungguhnya bagi setiap sebuah khemah dalam syurga yang diperbuat dari sebiji mutiara yang berlubang tengahnya. Panjangnya ke langit enampuluh mil. Bagi sesaorang mu'min di dalamnya itu ada beberapa keluarga yang dikelilingi oleh orang mu'min, tetapi antara yang seorang dengan yang lainnya sedangkan tidak ada yang melihat antara mereka." (Muttafaq 'alaih)

وَعَن المُغِيرَةِ بْن شُعْبَة  عنْ رسُولِ اللَّهِ  قَالَ : سأَل مُوسَى صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ربَّهُ ، ما أَدْنَى أَهْلِ الْجنَّةِ مَنْزلَةً ؟ قَالَ : هُو رَجُلٌ يجِيءُ بعْدَ ما أُدْخِل أَهْلُ الْجنَّةِ الْجَنَّةَ، فَيُقَالُ لَهُ :اُدْخُلِ الْجنَّة . فَيقُولُ : أَيْ رَبِّ كَيْفَ وقَدْ نَزَل النَّاسُ منَازِلَهُمْ ، وأَخَذُوا أَخَذاتِهِم ؟ فَيُقَالُ لهُ : أَتَرضي أَنْ يكُونَ لَكَ مِثْلُ مُلْكِ مَلِكٍ مِنْ مُلُوكِ الدُّنْيا ؟ فَيقُولُ : رضِيتُ ربِّ ، فَيقُولُ : لَكَ ذَلِكَ ومِثْلُهُ ومِثْلُهُ ومِثْلُهُ ومِثْلُهُ ، فَيقُولُ في الْخَامِسَةِ: رضِيتُ ربِّ ، فَيَقُولُ : هَذَا لَكَ وعشَرةُ أَمْثَالِهِ ، ولَكَ ما اشْتَهَتْ نَفْسُكَ ، ولَذَّتْ عَيْنُكَ. فَيَقُولُ:رضِيتُ ربِّ،قَالَ : ربِّ فَأَعْلاَهُمْ منْزِلَةً ؟ قال : أُولَئِك الَّذِينَ أَردْتُ ، غَرسْتُ كَرامتَهُمْ بِيدِي وخَتَمْتُ علَيْهَا ، فَلَمْ تَر عيْنُ ، ولَمْ تَسْمعْ أُذُنٌ ، ولَمْ يخْطُرْ عَلَى قَلْبِ بشَرٍ. رواهُ مُسْلم .

Dari al-Mughirah bin Syu'bah dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:"Musa bertanya kepada Tuhannya: "Bagaimanakah serendah-rendah tingkat ahli syurga itu?" Allah berfirman: "Yaitu seorang lelaki yang datang sesudah para ahli syurga dimasukkan dalam syurga.dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam syurga!" Orang itu berkata: "Ya Tuhanku, bagaimanakah saya dapat masuk, sedangkan orang lain sudah menempah kediaman mereka dan mereka telah pula mengambil bagian yang ditentukan untuk mereka."dikatakan kepadanya lagi:"Adakah engkau ridha jika untukmu diberikan bagian seperti raja dari raja-raja di dunia?"dia menjawab:"Saya ridha."Allah berfirman:"Engkau dapat memperoleh yang sedemikian dan yang seperti itu, lagi yang seperti itu,juga yang seperti itu pula dan seperti itu pula." Untuk kelima kalinya ia berkata: "Saya ridha ya Tuhanku." Allah berfirman pula: "Inilah untukmu dan ada sepuluh lagi yang seperti dengan ini,untukmu juga segala sesuatu yang diinginkan oleh hatimu dan yang selesa dipandang oleh mata.Orang itu berkata:"Saya ridha ya Tuhanku."Musa bertanya lagi: "Ya Tuhanku, bagaimanakah tingkat yang tertinggi bagi ahli syurga itu?"Allah berfirman: "Mereka itu adalah orang-orang yang Aku kehendaki. Aku tanamkan kemuliaan mereka dengan tanganku dan Aku tutupkan atasnya, sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata,tiada pernah didengari oleh telinga dan tiada pernah terlintas dalam hati seorang manusiapun.H.R Imam Muslim

وعن ابْنِ مسْعُودٍ  قال:قَال رسُولُ اللَّهِ : إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْل النَّار خُرُوجاً مِنهَا ، وَآخِرَ أَهْل الْجنَّةِ دُخُولاً.رجُلٌ يخْرُجُ مِنَ النَّارِ حبْواً ، فَيقُولُ اللَّه عزَّ وجَلَّ لَهُ : اذْهَبْ فَادخُلِ الْجنَّةَ ، فَيأْتِيهَا ، فيُخيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى ،فيَرْجِعُ ، فَيقُولُ : ياربِّ وجدْتُهَا مَلأى ، يَقُولُ اللَّه عزَّ وجلَّ لهُ : اذْهَبْ فَادْخُلِ الجنَّةَ ، فيأْتِيها ، فَيُخَيَّل إِلَيْهِ أَنَّهَا ملأى ، فَيرْجِعُ . فيَقُولُ : ياربِّ وجدْتُهَا مَلأى ، ، فَيقُولُ اللَّه عزَّ وجلَّ لهُ : اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ . فإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيا وعشَرةَ أَمْثَالِها ، أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْل عَشرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيا ، فَيقُولُ : أَتَسْخَرُ بِي، أَوَ أَتَضحكُ بِي وأَنْتَ الملِكُ قَال: فَلَقَدْ رأَيْتُ رَسُول اللَّهِ  ضَحِكَ حَتَّى بدت نَوَاجذُهُ فَكَانَ يقُولُ : « ذَلِكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ منْزِلَةً » متفقٌ عليه .

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya:Rasul saw bersabda "Sesungguhnya saya mengetahui orang yang terakhir keluar dari neraka dan orang yang terakhir masuk syurga Yaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dengan merangkak, lalu Allah berfirman:"Pergilah masuk kedalam syurga." Orang itu menghampiri syurga lalu terbayang di matanya, seolah-olah syurga itu sudah penuh sesak.dia kembali lalu berkata: "Ya Tuhanku, saya dapati syurga itu sudah penuh sesak."Allah berfirman kepadanya:"Pergilah dan masuklah kedalam syurga." Sekali lagi ia mendatangi syurga itu dan tampak pula dalam pandangannya, seolah-olah syurga itu sudah penuh sesak. la kembali pula lalu berkata: "Ya Tuhanku, saya mendapatkan syurga itu sudah penuh sesak." Allah berfirman pula: "Pergilah, sesungguhnya untuk mu itu adalah seperti dunia luasnya dan digandakan sepuluh kali lagi seperti itu.atau untukmu adalah sepuluh kali ganda luas dunia."Orang itu berkata:"Adakah kamu mengejek aku atau mentertawakan diriku, sedangkan kamu itu raja."Ibnu Mas'ud berkata: "sesungguhnya saya melihat Rasulullah s.a.w. ketawa, sehingga tampaklah gigi-gigi gerahamnya, kemudian beliau bersabda: "Yang sedemikian itu tingkat yang terendah sekali dari golongan ahli syurga." (Muttafaq 'alaih)

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ  عَنِ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَال: إِنَّ في الْجنَّةِ لَشَجرَةً يسِيرُ الرَّاكِبُ الْجوادَ المُضَمَّرَ السَّرِيعَ ماِئَةَ سنَةٍ مَا يَقْطَعُهَا. متفقٌ عليه .

Abu Said al-Khudri r.a berkata Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pohon yang kalau dijalani oleh seseorang memacukan kudanya yang laju lagi pantas larinya dalam masa seratus tahun,belum tentu dapat menamatkan perjalanannya." (Muttafaq 'alaih)

- وَعَنْ ابى هريرة عَن النَّبِيِّ  قَالَ:إنَّ أَهْلَ الْجنَّةِ لَيَتَرَاءُوْنَ أَهْلَ الْغُرَفِ مِنْ فَوْقِهِمْ كَمَا تَتَرَاءَوْنَ الكَوْكَبَ الدُّرَّيَّ الْغَابِرَ في الأُفُقِ مِنَ المشْرِقِ أَوِ المَغْربِ لتَفَاضُلِ ما بَيْنَهُمْ. قَالُوا:يَا رَسُولَ اللَّه،تلْكَ مَنَازلُ الأَنْبِيَاءِ لاَ يبْلُغُهَا غَيْرُهُمْ ؟ قَالَ: بلَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ رجَالٌ أَمَنُوا بِاللَّهِ وصَدَّقُوا المُرْسلِينَ. متفقٌ عليه .

Abu Said al-Khudri r.a.berkata Nabi s.a.w., sabdanya: Sesungguhnya ahli syurga itu niscayalah dapat melihat penghuni-penghuni bilik-bilik yang ada di atas mereka, sebagaimana engkau semua melihat bintang yang cemerlang cahayanya yang berlalu di cakrawala dari arah timur ke arah barat, karena adanya kelebihan keutamaan di antara mereka itu."Para sahabat bertanya: "Apakah itu kediaman para Nabi yang tidak dapat dicapai oleh orang yang selain mereka itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar,demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamannya,tetapi juga tempatnya orang-orang yang beriman kepada Allah serta membenarkan Rasul-rasul." (Muttafaq 'alaih)

2- وعنْ أَبي هُريْرةَ  أَنَّ رسُول اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَال: لَقَابُ قَوْسٍ في الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِمَّا تَطْلُعُ علَيْهِ الشمْسُ أَوْ تَغْربُ. متفقٌ عليهِ .

Dari Abu Hurairah r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Niscayalah separuh dari panah yang ada di syurga itu adalah lebih baik daripada segala sesuatu yang matahari terbit serta terbenam padanya - yakni lebih baik daripada dunia dan seisinya." (Muttafaq 'alaih)

3- وعنْ أَنَسٍ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ:إِنَّ في الْجنَّةِ سُوقاً يأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعةٍ . فتَهُبُّ رِيحُ الشَّمالِ ، فَتحثُو في وُجُوهِهِمْ وثِيَابِهِمْ، فَيزْدادُونَ حُسْناً وجَمالاً . فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ ، وقَدْ ازْدَادُوا حُسْناً وجمالاً،فَيقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ:وَاللَّهِ لَقَدِ ازْدَدْتُمْ حُسْناً وجمالاً، فَيقُولُونَ:وأَنْتُمْ وَاللَّهِ لَقَدِ ازْددْتُمْ بعْدَنَا حُسناً وَجمالاً ،» رواهُ مُسلِمٌ .

Anas r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada pasarnya, yang didatangi oleh para ahli syurga pada tiap hari Jum'at, lalu meniuplah angin utara- sebagai kiasan yang penuh kenyamanan dan keberkahan -kemudian mengenai wajah-wajah dan pakaian-pakaian mereka, sehingga mereka itu menjadi bertambah bagus dan elok. Selanjutnya kembalilah mereka ke tempat keluarga mereka dalam keadaan mereka telah bertambah bagus dan elok itu. Keluarga-keluarganya itu berkata kepada mereka: "Demi Allah, sungguh-sungguh anda sekalian telah bertambah bagus dan eloknya." Mereka lalu menjawab: "Engkau semuapun, demi Allah, benar-benar telah bertambah indah dan cantiknya." (Riwayat Muslim)

4- وعنْ سَهْلِ بْنِ سعْدٍ رضِي اللَّه عنْهُ أَنَّ رسُولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ:إِنَّ أَهْلَ الْجنَّةِ لَيَتَراءَوْنَ الْغُرفَ في الْجنَّةِ كَمَا تَتَرَاءَوْنَ الْكَوْكَبَ في السَّماءِ. متفقٌ عليه .

Sahl bin Sa'ad r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya para ahli syurga itu niscayalah dapat melihat bilik-biliknya sendiri yang ada di dalam syurga itu, sebagaimana engkau semua dapat melihat bintang di langit." (Muttafaq 'alaih)

5- وَعنْهُ رضِي اللَّه عنْهُ قَال : شَهِدْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم مجْلِساً وَصفَ فِيهِ الْجَنَّةَ حتَّى انْتَهَى ، ثُمَّ قَال في آخِرِ حدِيثِهِ : « فِيهَا ما لاَ عيْنٌ رأَتْ ، ولا أُذُنٌ سمِعَتْ ، ولاَ خَطَر عَلى قَلْبِ بشَرٍ ، ثُمَّ قَرأَ { تتجافى جُنُوبُهُمْ عَنِ المضَاجِعِ } إِلى قَوْلِهِ تَعالَى : {فَلاَ تعْلَمُ نَفْسٌ ما أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْينٍ} . رواهُ البخاري .

Sahl bin Sa'ad r.a. berkata pula,"Saya menyaksikan dari Nabi s.a.w. akan suatu majlis yang di situ beliau s.a.w. menerangkan sifat syurga, sehingga selesai, kemudian dalam akhir pembicaraannya beliau s.a.w. bersabda:"Di dalam syurga itu adalah kenikmatan-kenikmatan yang tidak pernah ada mata yang melihatnya, tidak ada telinga yang pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorangpun."Selanjutnya beliau s.a.w. membacakan ayat - yang artinya: "Lambung-lambung mereka menjauh dari tempat-tempat tidurnya" sehingga firmanNya: "Maka tiada seorangpun yang dapat mengetahui pahala yang disembunyikan untuk mereka yang berupa apa-apa yang menyenangkan mata. (as-Sajdah: 17)(Riwayat Bukhari)

1- عنْ أَبِي سعِيدٍ وأَبي هُريْرةَ  أَنَّ رسُول اللَّهِ  قَال:"إِذَا دخَلَ أَهْلُ الْجنَّةِ الجنَّةَ يُنَادِي مُنَادٍ:إِنَّ لَكُمْ أَنْ تَحْيَوْا،فَلا تَمُوتُوا أَبداً وإِنَّ لكُمْ أَنْ تَصِحُّوا، فَلاَ تَسْقَمُوا أَبداً، وإِنَّ لَكُمْ أَنْ تَشِبُّوا فَلا تهْرَمُوا أَبداً وإِنَّ لَكُمْ أَن تَنْعمُوا، فَلا تبؤسوا أَبَداً".رواهُ مسلم .

Dari Abu Said dan Abu Hurairah ra bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila para ahli syurga sudah memasuki syurga, maka menyerulah malaikat :"Sesungguhnya kamu akan hidup tidak ada kematian untuk selama-lamanya, kamu akan terus sihat dan tidak akan sakit selama-lamnya, kamu akan sentiasa muda dan tidak akan tua, kamu akan terus memperolehi kenikmatan dan tidak akan mendapat kesusahan untuk selama-lamanya." (Riwayat Muslim)

2- عَنْ أَبي هُريْرَةَ أَنَّ رَسُول اللَّهِ  قَالَ : « إِنَّ أَدْنَى مقْعَدِ أَحدِكُمْ مِنَ الْجنَّةِ أَنْ يقولَ لَهُ : تَمنَّ فَيَتَمنَّي ويتَمنَّي فَيَقُولُ لَهُ : هلْ تَمنَّيْتَ ؟ فَيَقُولُ : نَعمْ فَيقُولُ لَهُ : فَإِنَّ لَكَ ما تَمنَّيْتَ ومِثْلَهُ معهُ » رَواهُ مُسْلِمٌ .

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya serendah-rendah tempat di dalam syurga itu ialah bahwa dikatakan kepadanya:Beranganlah kamu,lalu dia pun berangan, ditanyakan kepadanya lagi: "Adakah engkau telah selesai?" la berkata: "Ya, sudah." Kemudian dikatakan lagi kepadanya: "Engkau akan memperoleh apa saja yang engkau harapkan dan yang seperti itu pula besertanya." (Riwayat Muslim)

3- وعنْ أَبِي سعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رسُول اللَّه  قَال : « إِنَّ اللَّه عزَّ وجلَّ يقُولُ لأهْل الْجنَّةِ : يا أَهْلَ الْجنَّة ، فَيقُولُونَ : لَبَّيْكَ ربَّنَا وسعْديْكَ ، والْخيرُ في يديْك فَيقُولُ : هَلْ رَضِيتُمْ ؟ فَيقُولُونَ : وما لَنَا لاَ نَرْضَيِ يا رَبَّنَا وقَدْ أَعْطَيْتَنَا ما لمْ تُعْطِ أَحداً مِنْ خَلْقِكَ ، فَيقُولُ : أَلاَ أُعْطِيكُمْ أَفْضَلَ مِنْ ذَلَكَ ؟ فَيقُولُونَ : وأَيُّ شَيْءِ أَفْضلُ مِنْ ذلِكَ ؟ فيقُولُ : أُحِلُّ عليْكُمْ رضْوانِي ، فَلا أَسْخَطُ عليْكُمْ بَعْدَهُ أَبَداً » متفق عليه .

Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga: "Hai ahli syurga." Mereka berkata: "Labbaik, ya Tuhan, wa sa'daik." Allah berfirman: "Adakah kamu redo?" Mereka menjawab: "Bagaimana kami tidak merasa redo, ya Allah, sedangkan Engkau telah memberikan kepada kami kurniaan yang tidak pernah Engkau berikan kepada seseorangpun dari makhluk mu." Allah berfirman lagi: "sukakah kamu jika Aku berikan yang lebih utama lagi?" Mereka bertanya: "Apakah yang lebih utama dari itu?" Allah berfirman: "Aku menempatkan keredoanKu pada kamu, maka Aku tidak akan murka pada kamu selama-lamanya." (Muttafaq 'alaih)

4- عنْ جرِيرِ بْنِ عبْدِ اللَّهِ قال : كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ  فَنَظَرَ إِلَى الْقَمرِ لَيْلَةَ الْبدْرِ ، وقَال : « إِنَّكُمْ ستَرَوْنَ رَبَّكُمْ عِياناً كما تَرَوْنَ هَذَا الْقَمرَ ، لاَ تُضامُونَ في رُؤْيتِهِ. مُتَّفَقٌ علَيْهِ .

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w. lalu beliau s.a.w. melihat bulan pada malam purnama dan bersabda:"Engkau semua akan dapat melihat Tuhanmu semua dengan mata, sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini.kamu tidak akan bersesak-sesak untuk melihatNya." (Muttafaq 'alaih)

5- عنْ صُهَيْب أَنَّ رسُول اللَّهِ  قَال: إِذَا دَخَل أَهْلَ الْجنَّةِ الجنَّةَ يقُولُ اللَّه تَباركَ وتَعالَى : تُرِيدُونَ شَيْئاً أَزِيدُكُمْ ؟ فَيقُولُونَ : أَلَمْ تُبيِّضْ وُجُوهَنَا ؟ أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ؟ فَيكْشِفُ الْحِجابَ ، فَما أُعْطُوا شَيْئاً أَحبَّ إِلَيهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ. رواهُ مُسْلِمٌ .

Dari Shuhaib r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila kesemua ahli syurga sudah memasuki syurga, lalu Allah berfirman: "Adakah kamu mahukan sesuatu yang aku boleh tambahkan untuk kamu?" Mereka menjawab: "Bukankah kamu telah memutihkan wajah-wajah kami?Bukankah kamu telah memasukkan kami kedalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka?" lalu terbuka lah hijab,Maka tidak ada suatu kenikmatan yang diberikan kepada ahli syurga itu yang lebih disukai daripada melihat Zatnya Tuhan mereka,".(Riwayat Muslim)



DI SEDIAKAN OLEH
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL ABRAR
NO. 19 Atas Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 3,
32040 Seri Manjung Perak.
Read More …

Assalamualaikum Warahmatullhi Wabarakatuh...

Doa Gerhana Matahari @ Bulan


للّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء,  اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ
الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ

Read More …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Soal tayar dan sport rim ni... agaknyer la mana yang lagi hebat?

Sport Rim yang berkilat ker atau Tayar yang hitam legam??? Atau boleh aku katakan pulak mana yang lebih BURUK, HODOH atau BODOH?

Asal kejadiannya hanyalah satu iaitu RODA... dan asal kejadian roda adalah untuk menggerak kenderaan secara lancar dan berkesan..Ok la...apa yang aku nak tulis kat sini adalah pasal tugas dan matlamat seharian kita, tentang kerja kita. Aku kerja dengan Kerajaan. So aku makan gaji dengan kerajaan.

Yang aku nak sampaikan, pekerja kerajaan ni sebenarnya ibarat RODA dan keretanya adalah RAKYAT JELATA. Tayar adalah orang bawahan dan Sport Rin adalah pegawai atasan. Setiap satu ada matlamat dan ada fingsi yang tersendiri. Tidak ada timbul siapa lebih hebat, lebih kuat atau lebih berkuasa. Kelebihan yang ada hanyalah sebagai menyempurnakan amanah dan fungsi yang dipertanggungjawabkan.

Sebenar-benarnya kejadian tiada fungsinya TAYAR tanpa SPORT RIM dan takkan ada gunanya SPORT RIM yang CAKTIK, KUAT, BERGAYA dan HEBAT tanpa adanya TAYAR yang digelek ke lantai jalan.

Kesimpulannya SPORT RIM dan TAYAR adalah SATU iaitu yang membentuk RODA yang menggerakkan kenderaan. DAN setiap kakitangan itu adalah SAMA PENTINGNYA wa'imal atasannyer dier atau bawahannyer dier.

Hargai setiap kerjasama.

Wassalam...
Read More …

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah. Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)--- آل عمران : 77

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

" Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut." Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

"Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur." Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai'ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan

وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏فضل ‏ماء ‏بالفلاة، ‏يمنعه من ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

"Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum "Ibnu al Sabil" para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai'ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar)." (Hadith Muttafaqun 'alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

"Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyus

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah.

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13. "Al-Mannan" atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: " Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka.. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ). Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau

المسبل إزاره المختال في مشيته

"Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri."

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu."

sedikit untuk diRENUNGkan

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan.

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Jaga diri & Berhati-hati,

Wassalam.

Read More …

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers