MyePH

Takut dengan kegagalan??? Ada ke manusia yang tak pernah gagal??

Untuk Berjaya dalam perniagaan juga dalam hidup kita haruslah dengan berterusan berusaha walaupun kita sedar risiko yang bakal kita hadapi. Meletakkan diri dalam usaha yang bersungguh-sungguh setiap hari boleh menyebabkan diri menjadi lesu dan stress, terutama apabila apa yang diusahakan tidak sepertimana yang diharapkan. Kerap kali banyak perkara yang mengecewakan terjadi, disini kita renungkan bersama tentang kegagalan orang yang kita kenal hanya kepada kejayaan mereka:

Bill Gates – Pengasas dan pengerusi Microsoft, orang yang telah mengubah sepenuhnya budaya kerja di seluruh dunia pada abad yang ke 21 ini dengan mempermudahkan cara kerja dengan penggunaan komputer. Tetapi tahukah anda, pada 1970an sebelum terkenal, beliau adalah bekas pelajar Universiti Harvard yang ‘ditendang’ keluar. Apa yang ironinya lagi adalah, beliau memulakan syarikat software beliau (yang kemudian menjadi Micrisoft) dengan hanya membeli teknologi perisian daripada “seseorang” cuma dengan hanya USD50 sahaja.

Abraham Lincoln – Hanya menerima pendidikan secara formal tidak lebih daripada 5 tahun sepanjang hidup beliau. Apabila dewasa, beliau menceburi politik dan mengalami 12 kegagalan yang besar sebelum beliau dipilih sebagai Presiden united States of America yang ke 16.

Isaac Newton – Seorang ahli matematik Inggeris yang terhebat pada generasi beliau. Teori beliau berkenaan dengan gravity dan optic telah menjadikan beliau seorang ahli sains yang terhebat di dunia yang kita ketahui. Ramai yang berpendapat beliau dilahirkan sebagai seorang yang ‘genius’, tapi jangkaan anda sama sekali adalah salah. Semasa beliau muda, beliau mendapat keputusan yang terlalu teruk semasa persekolahan beliau, iaitu terlalu teruk dan lemah sehinggakan guru beliau menjadi bingung untuk memikirkan cara bagaimanakah untuk memajukan tahap pejaran beliau.

Ludwig van Beethoven – Sumber inspirasi kepada semua ahli muzik. Seorang composer muzik klasik Jerman yang disanjung sebagai seorang lagenda muzik terhebat. Komposer, ahli muzik dan pendengar…semuanya akan menyanjung beliau. Tahukah anda, sebelum beliau memulakan kerjaya dalam bidang muzik, guru muzik beliau pernah berkata kepada beliau “sebagai seorang composer, dia tidak ada harapan langsung”. Sepanjang karier beliau juga, dia telah kehilangan pendengaran beliau, tetapi beliau masih lagi boleh menghasilkan muzik yang hebat? Ironic bukan, apabila seorang yang pekak boleh menghasilkan muzik…apatah lagi muzik yang hebat.

Nak tahu lagi....tapi sebelum itu, renunglah kedalam hati dan cari lah dimana kelemahan dan kekuatan diri...keluarkan kekuatan dan atasilah kelemahan diri...

Apapun selain Allah, hanya diri kita sendiri yang mengetahui di mana kita sebenarnya dan ke mana tujuan kita sebenarnya...

Wassalam....
Read More …

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Mmmm...dah lama rasanya tak menulis ni...takde masa...

Baru-baru ni (26-27 April 2008) saya dan geng sekepala saya ada buat lawatan ke Cameron Highland...Sebenarnya dengan ASFON Perak (Angkatan Senifoto Negeri Perak)...Semua yang jadi ahli persatuan ni peminat fotografi...jadi semua ni photographer la...

Kami ke Cameron Highland ni tujuan nye nak mengambil gambar sekitar Cameron ni, sambil-sambil mesyuarat agong persatuan...so...banyak gak la gambar yang kami semua tangkap...

Selalunya kalau kat pejabat ni kalau saya tangkap gambar yang yang merapu (tujuannya untuk belajar dan memantapkan teknik) macam-macam la orang kata...gila kamera la...huh...kekadang tension gak...tapi kali ni memang enjoy la pegi Cameron sebab semua yang ke sana tu photographer dan semua yang memang minat kat photographi...

Kami semua enjoy, bertukar-tukar pendapat tentang mutu foto, teknik, fokus, pencahayaan dan macam-macam la lagi pasal bidang fotografi ni...

Saya bukan la professional photographer, tapi cuma peminat fotografi... sebab setiap sesuatu tu akan berubah, sebab tu saya nak abadikan kenangan bagi yang dah berlalu...

Kalau kita mengkaji dan cuba memahami, satu gambar akan menceritakan seribu makna yang terpendam.

Hargailah yang telah berlalu, sayangilah yang ada sekarang dan carilah yang akan datang...

Okey lah..nanti saya akan poskan gambar-gambar yang menarik sepanjang saya kat Cameron..

Wassalam....
Read More …

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers